SEPERTI yang telah dijangka, misi Artemis III yang akan membawa angkasawan kembali ke permukaan bulan kini ditangguhkan ke tahun 2026 berbanding jadual asal 2025.

Menurut NASA penangguhan terpaksa dilakukan kerana pelbagai isu keselamatan yang melibatkan kapsul Orion yang akan membawa angkasawan

Antara isu yang dihadapi ialah terdapat banyak komponen yang perlu diuji seperti bateri dan litar yang mengawal sistem hayat penting seperti kawalan suhu dan kitaran udara.

Lebih banyak masa diperlukan bagi menguji Orion sebelum ia benar-benar disahkan selamat.

Analisa jubin suhu pada kapsul Orion yang digunakan dalam Misi Artemis I tahun 2022 juga masih belum selesai dilakukan.

Oleh itu misi Artemis II yang membawa empat angkasawan manusia mengelilingi bulan ditangguhkan ke September 2025 sementara misi Artemis III yang akan membawa angkasawan kembali ke permukaan bulan ditangguh pula ke September 2026.

Kali terakhir manusia berjalan di atas permukaan bulan ialah pada tahun 1972 menerusi misi Apollo 17.

Sumber NASA