awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi sumbang 1.65 juta tong minyak mentah kepada Syria

Bernama
Bernama
12/09/2025
00:10 MYT
Arab Saudi sumbang 1.65 juta tong minyak mentah kepada Syria
Perjanjian itu dimeterai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Dana Pembangunan Arab Saudi Sultan Abdulrahman Al-Marshad dan Ketua Tenaga Syria, Mohammed al-Bashir. - Foto Facebook SFD
DAMSYIK: Syria akan menerima 1.65 juta tong minyak mentah menerusi satu memorandum persefahaman yang ditandatangani pada Khamis antara pihak berkuasa tenaga negara itu dan Dana Pembangunan Arab Saudi (SFD), lapor agensi berita rasmi Syria SANA yang dipetik Xinhua.
Dana Pembangunan Arab Saudi dalam kenyataannya berkata perjanjian itu dimeterai di Damsyik oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sultan Abdulrahman Al-Marshad dan Ketua Tenaga Syria, Mohammed al-Bashir.
Geran itu, yang dititahkan oleh Pemerintah Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, bertujuan meningkatkan operasi kilang penapisan Syria, menyokong kemampanan kewangan dan operasi, serta membantu menghidupkan semula sektor ekonomi utama.
Dana Pembangunan Arab Saudi berkata inisiatif ini mencerminkan komitmen Riyadh untuk menambah baik keadaan hidup "rakyat Syria yang bersaudara" sebagai sebahagian daripada hubungan rapat antara kedua-dua negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Syria
#Arab Saudi
#minyak mentah
#Dana Pembangunan Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan