MEKAH: Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi terus melaksanakan program kesedaran dan bimbingan untuk jemaah umrah di Jabal Al-Rahmah dan Masjid Namirah di Arafah sepanjang musim umrah 1448 Hijrah ketika ini, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Usaha di lapangan merangkumi penempatan petugas di kaunter kesedaran Islam yang dikendalikan oleh pendakwah dan jurubahasa pelbagai bahasa bagi menjawab pertanyaan pengunjung, membetulkan salah faham serta mengedarkan bahan penerbitan kesedaran dalam pelbagai bahasa.
Inisiatif ini mencerminkan misi kementerian untuk meningkatkan kesedaran agama, memperkukuh nilai kesederhanaan dan keseimbangan, serta menonjolkan peranan Kerajaan Arab Saudi dalam memberikan perkhidmatan kepada para jemaah, selaras dengan Visi Arab Saudi 2030.
-- BERNAMA-SPA