awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir
Laluan mudah Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua Terbuka India
KPDN Pulau Pinang bongkar tiga sindiket seleweng minyak masak subsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN: China minta AS hormati negara anggota

Astro Awani
Astro Awani
19/04/2022
00:10 MYT
ASEAN: China minta AS hormati negara anggota
Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wen Bin tegaskan pertumbuhan ASEAN bersandarkan kerjasama harmoni dan ia bukan medan untuk negara kuasa besar membuktikan pengaruh.
BEIJING: China berharap Amerika Syarikat menghormati sistem politik serantau, pertubuhan dan nilai budaya negara-negara Asia, ketika sidang kemuncak ASEAN diadakan.
Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wen Bin tegaskan pertumbuhan ASEAN bersandarkan kerjasama harmoni dan ia bukan medan untuk negara kuasa besar membuktikan pengaruh.
"Asia Pasifik adalah kawasan yang makmur untuk kerjasama dan pembangunan, bukan medan permainan kuasa untuk kuasa dunia. ASEAN adalah pemacu untuk pembangunan serantau, berbanding alat untuk pertikaian geopolitik.
"Kami berharap AS akan mengekalkan nilai-nilai Asia Pasifik untuk keamanan, kerjasama dan situasi menang-menang. AS perlu menghormati sistem politik, dan nilai budaya di negara anggota.
"Kami berharap mereka mematuhi pendekatan ASEAN yang terbuka, inklusif serta konsensus, melaksanakan komitmen dengan kaedah praktikal, dan meningggalkan mentaliti perang dingin," katanya.
Kenyataan dibuat ketika ketegangan semakin memuncak dengan Washington berkaitan beberapa isu, termasuk polisi COVID-19 dan krisis Rusia-Ukraine.
Beijing sebelum ini sudah membina pengaruh dengan 10 negara ASEAN, di sebalik beberapa pertikaian pendapat susulan tuntutan wilayah di Laut China Selatan.
Topic Berkaitan
#China
#Amerika Syarikat
#Wang Wenbin
#ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan