BANGKOK: Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN Ke-55 (AMM 55) dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan di Phnom Penh menyuarakan kebimbangan mengenai ketegangan di Selat Taiwan, serta menyeru semua pihak terlibat untuk meredakan ketegangan menerusi dialog yang konstruktif.
"Kami (ASEAN) menggesa semua pihak berkaitan agar mengelak daripada melakukan sebarang provokasi atau mengambil tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan; serta cuba sedaya upaya meredakan ketegangan dengan memulakan dialog yang konstruktif bagi mengembalikan keadaan seperti biasa," kata Setiausaha Kementerian Luar Kemboja, Kung Phoak.
Sementara itu, Kemboja pada Rabu turut menyuarakan kebimbangan terhadap perkembangan terkini di Selat Taiwan serta menggesa semua pihak yang terlibat mematuhi perjanjian yang disepakati China dan AS seperti termaktub dalam Pernyataan Bersama antara kedua-dua pihak.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja memaklumkan kerajaan memantau rapat perkembangan terkini di Selat Taiwan.
"Kerajaan Kemboja secara konsisten dan tegas berpegang kepada Dasar 'Satu China' dan menganggap isu berkaitan Hong Kong, Taiwan, Tibet dan Xinjiang merupakan hal ehwal dalaman.
"Kerajaan Kemboja menyeru semua pihak untuk mencari penyelesaian secara aman, mengekalkan status quo dan mengelakkan sebarang provokasi demi keamanan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran di rantau ini dan dunia," menurut kenyataan itu.
Pada hari yang sama, Malaysia juga memaklumkan pihaknya memantau rapat perkembangan di Selat Taiwan selepas ketegangan tercetus antara China dan AS susulan lawatan Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi ke pulau itu.
Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah turut menggesa semua pihak supaya menangani situasi itu dengan berhati-hati dan mengambil langkah yang terbaik.
Pelosi menjadi ahli politik tertinggi melawat pulau itu sejak 25 tahun.
China menganggap pulau yang mempunyai kerajaan sendiri itu sebagai sebahagian daripada wilayahnya menerusi dasar 'Satu China'.
Taiwan kini dikatakan telah terputus dari dunia luar disebabkan latihan ketenteraan China selepas Pelosi meninggalkan pulau itu pada Rabu.
Media antarabangsa melaporkan Tentera Pembebasan Rakyat menempatkan kapal perang berhampiran perairan Taiwan dan mengadakan sekatan.
Pesawat China juga dilaporkan telah memasuki ruang udara Taiwan, dengan 22 pesawat melintasi garis sempadan di Selat Taiwan yang memisahkan pulau itu dengan tanah besar China. - BERNAMA
Bernama
Thu Aug 04 2022
Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN Ke-55 (AMM 55) dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan di Phnom Penh menyuarakan kebimbangan mengenai ketegangan di Selat Taiwan. - Gambar REUTERS
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.