KUALA LUMPUR: Dengan status sebagai rakan dagangan ketiga terbesar selepas China dan Amerika Syarikat, ASEAN dan rantau Indo-Pasifik secara keseluruhannya merupakan kawasan penting bagi Kesatuan Eropah (EU).
Indo-Pasifik merupakan pusat graviti ekonomi baharu dan geopolitik keseluruhannya dengan menyumbang lebih 50 peratus daripada perdagangan maritim global dan kira-kira 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia.
Justeru, Duta Besar Perancis ke Malaysia, Roland Galharague berkata, negara ASEAN termasuk Malaysia, mempunyai peranan sebagai pusat Asia bagi kerjasama strategik yang bertunjangkan sinergi, apatah lagi EU dalam banyak aspek adalah organisasi yang hampir serupa dengan ASEAN.
"Saya fikir idea itu agak mudah dan sedikit sebanyak cukup jelas. Ideanya ialah mewujudkan rangkaian perkongsian yang padat, yang tidak semestinya sama dalam semua sektor yang berbeza.
"Kami akan cuba meredakan ketegangan. Kami akan mendorong minat untuk menumpu, mengejar kepentingan secara lebih dekat antara satu sama lain. Kami juga akan meningkatkan autonomi strategik antara EU dan rakan kongsi indo pasifik kami, untuk mengembangkan pilihan kami, mempelbagaikan tindakan dan diharapkan mencapai pendekatan menang-menang," katanya dalam seminar bertajuk Multilateral and Inclusive Indo-Pacific Region: European Strategy And Opportunities For Malaysia and Southeast Asia secara virtual, hari ini.
Majlis Eropah mencapai persetujuan mengenai Strategi EU untuk Kerjasama di Indo-Pasifik pada April 2021.
Strategi Indo-Pasifik EU berpotensi menambah dimensi normatif yang kuat bagi membolehkannya kerjasama rapat dengan rakan kongsi Indo-Pasifik.
Seperti ASEAN, EU meletakkan kepentingan dalam membina perkongsian dan memperkukuh kerjasama pelbagai hala.
Terdapat tujuh bidang kerjasama yang dikenal pasti iaitu kemakmuran, tadbir urus dan lautan, perkongsian digital, produktiviti, keselamatan, pertahanan dan keselamatan manusia.
Sementara itu, Ketua Pengarah Institut Maritim Malaysia, Datuk Sabirin Ja'afar berkata, pengendalian lautan Pasifik dan India tidak boleh dilakukan secara berasingan, mengetahui hal sempadan, geopolitik, serta dasarnya.
"Kerjasama pelbagai hala berpotensi memastikan ekonomi dan keselamatan laut yang mampan, berpandukan undang-undang dan peraturan antarabangsa.
"Indo-pasifik menghubungkan Lautan Pasifik Barat dan India yang luas menjadi satu ruang maritim, dengan Asia Tenggara terletak di pusat geografi rantau ini.
"Oleh itu domain maritim, dan negara-negara Asia Tenggara, sangat diperlukan untuk wacana Indo-Pasifik," jelasnya.
Seminar dua hari itu akan mengukur pandangan dan idea tentang peluang EU dan negara-negara Asia Tenggara bekerjasama dalam tadbir urus lautan, keselamatan maritim, isu kemampanan alam sekitar dan jaringan maritim.
Madiha Abdullah
Mon Feb 28 2022
ASEAN termasuk Malaysia, mempunyai peranan sebagai pusat Asia bagi kerjasama strategik yang bertunjangkan sinergi.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
Borrell gesa tekanan global ke atas Israel untuk gencatan senjata dengan Hezbollah
Menurut Borrell, tiada sebab untuk Israel menolak perjanjian semasa yang sedang dipertimbangkan, yang memberi semua jaminan keselamatan yang diperlukan.
Anwar sertai Sidang Kemuncak G20 hari ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Musuem of Modern Art di sini untuk menyertai Sidang Kemuncak G20.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh peningkatan keyakinan bahawa China akan meningkatkan langkah rangsangan ekonomi bagi menyokong ekonominya, kata seorang peniaga.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur susulan harga minyak mentah stabil
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa disokong oleh penanda aras harga minyak mentah yang stabil serta peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai.
China rayu kepada WTO terhadap keputusan akhir EU berkenaan timbal balas terhadap EV China
China dengan tegas menentang langkah akhir EU untuk mengenakan duti timbal balas yang tinggi terhadap EV buatan China.
Malaysia seru komuniti perniagaan Perancis tingkatkan kerjasama demi kemakmuran ASEAN
Kerajaan menyeru komuniti perniagaan Perancis di negara ini meningkatkan kerjasama berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan untuk mewujudkan komuniti sejahtera.
Duta Besar baharu Sweden tekankan peranan pentingnya perkukuh hubungan EU-ASEAN
Duta Besar Sweden di Malaysia Niklas Wiberg menyifatkan peranan baharu yang disandang beliau adalah penting untuk memperkukuh hubungan Sweden dan Kesatuan Eropah (EU) dengan ASEAN.