DUNIA
ASEAN+3 perkukuh kerjasama tangani cabaran alam sekitar serantau

Menurut Johari, isu perubahan iklim, kehilangan biodiversiti, pencemaran plastik marin, jerebu rentas sempadan serta beberapa krisis berbangkit memerlukan tindakan kolektif. - Foto/ Bernama
LANGKAWI: ASEAN bersama tiga rakan utama iaitu China, Jepun dan Korea Selatan (ASEAN+3) sepakat memperkukuh kerjasama ke arah mencapai kelestarian serantau.
Ringkasan AI
- ASEAN bersama China, Jepun dan Korea Selatan sepakat memperkukuh kerjasama serantau dalam menangani isu alam sekitar seperti perubahan iklim, pencemaran plastik marin, jerebu rentas sempadan dan kehilangan biodiversiti.
- Inisiatif seperti ASEAN Plus Three Marine Plastic Debris Cooperative Action Initiative dan Leadership Programme on Sustainable Consumption and Production menunjukkan komitmen berterusan rakan dialog dalam pembangunan kapasiti dan sokongan strategi alam sekitar ASEAN.
- Mesyuarat kali ini membuka ruang pertukaran pandangan merentas sektor dan dijangka merintis hala tuju praktikal serta berpandangan jauh yang memberi impak nyata kepada rakyat serantau dan menyumbang kepada sasaran global alam sekitar.
“Cabaran ini merentas sempadan dan menuntut solidariti serta inovasi. Hanya melalui kerjasama erat kita mampu mencari penyelesaian yang berkesan,” katanya dalam ucapan pembukaan, di sini, pada Khamis.
Johari berkata, sejak ditubuhkan, kerangka ASEAN+3 terbukti menjadi platform penting bagi dialog, kerjasama dan perkongsian pengalaman.
Katanya, inisiatif seperti ASEAN Plus Three Marine Plastic Debris Cooperative Action Initiative dan ASEAN Plus Three Leadership Programme on Sustainable Consumption and Production jelas menunjukkan komitmen berterusan rakan dialog.
“Melalui program pembangunan kapasiti serta sokongan terhadap strategi alam sekitar ASEAN, rakan kita dari China, Jepun dan Korea Selatan telah memainkan peranan signifikan dalam memacu kelestarian serantau,” ujarnya.
Beliau menambah, mesyuarat kali ini bukan sahaja menekankan aspek teknikal tetapi juga membuka ruang pertukaran pandangan mengenai isu baharu yang merentas pelbagai sektor.
Menurut Johari, hasil perbincangan dijangka merintis laluan yang lebih praktikal dan berpandangan jauh, sekali gus memberi impak nyata kepada rakyat serantau.
“Kita yakin, usaha kolektif ini bukan sahaja menguntungkan rantau Asia Timur, malah turut menyumbang kepada pencapaian sasaran global berkaitan alam sekitar dan iklim,” katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami