awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kemampuan PDRM tangani ancaman keganasan diiktiraf di peringkat antarabangsa - Saifuddin
DUNIA
Ilie Bolojan dilantik Perdana Menteri Romania selepas persetujuan kerajaan gabungan
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Australia gantung operasi Kedutaan di Tehran susulan krisis keselamatan

Agensi
Agensi
19/06/2025
23:30 MYT
Australia gantung operasi Kedutaan di Tehran susulan krisis keselamatan
Australia telah menggantung operasi kedutaannya di Tehran berikutan keadaan keselamatan yang semakin merosot di Iran, menurut kenyataan Menteri Luar, Penny Wong.
CANBERRA: Australia telah menggantung operasi kedutaannya di Tehran berikutan keadaan keselamatan yang semakin merosot di Iran, menurut kenyataan Menteri Luar, Penny Wong, pada Jumaat.
Dalam langkah yang mencerminkan kebimbangan mendalam terhadap situasi semasa, semua pegawai kerajaan Australia telah diarahkan untuk meninggalkan negara itu dengan serta-merta.
Bagaimanapun, Duta Besar Australia ke Iran akan kekal berada di rantau berkenaan bagi menyokong usaha diplomatik dan tindak balas kerajaan terhadap krisis yang sedang berlaku.
“Kami sedang terus merancang bagi membantu rakyat Australia yang mahu meninggalkan Iran, dan kami juga sentiasa berhubung rapat dengan negara rakan kongsi lain,” kata Wong dalam satu kenyataan rasmi.
Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Australia (DFAT) turut menggesa rakyatnya yang berada di Iran untuk segera meninggalkan negara itu jika keadaan mengizinkan.
“Mereka yang ingin keluar dari Iran digesa berbuat demikian sekarang sekiranya selamat, dan jika tidak, sila berlindung di tempat masing-masing,” menurut kenyataan DFAT yang dimuat naik di platform X pada Rabu, 18 Jun.
Langkah ini menjadikan Australia antara negara terkini yang mengambil tindakan drastik terhadap situasi keselamatan yang kian meruncing di Iran, susulan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat di rantau Asia Barat. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Konflik Iran-Israel
#Australia gantung kedutaan
#Kedutaan Australia di Tehran
#Menteri Luar Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami