awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Australia keluarkan amaran produk kesihatan palsu ancam nyawa

Bernama
Bernama
09/05/2023
10:47 MYT
Australia keluarkan amaran produk kesihatan palsu ancam nyawa
John Allan menggesa orang ramai supaya tidak mengambil ubat dan bahan tiruan dalam apa jua keadaan. - Gambar unspeakableandinhuman
SYDNEY: Pihak berkuasa kesihatan di Queensland, Australia pada Selasa mengeluarkan amaran untuk tidak mengambil produk kesihatan yang diperoleh secara haram, lapor Xinhua.
Amaran itu dibuat selepas rampasan ubat tiruan yang mengandungi bahan boleh mengancam nyawa.
Menurut Queensland Health, tablet yang dirampas diuji positif protonitazene, opioid yang sangat kuat yang boleh membawa maut walaupun dalam jumlah kecil.
Tablet terbabit telah dijenamakan semula sebagai ubat tulen termasuk Xanax, yang tidak tersedia secara komersial di Australia.
Pengarah Eksekutif Queensland Health Cawangan Kesihatan Mental, Alkohol dan Ubatan John Allan menggesa orang ramai supaya tidak mengambil ubat dan bahan tiruan dalam apa jua keadaan.
Beliau berkata bahawa pengguna mungkin tidak menyedari pemalsuan itu, kerana kebanyakan tablet kelihatan tulen dan berlabel.
"Protonitazene boleh menyebabkan kegagalan pernafasan, pitam, koma dan kematian, walaupun diambil dalam kuantiti yang sedikit.
"Nitazenes, termasuk protonitazene, merupakan opioid sintetik yang sama kuat atau lebih kuat daripada fentanyl.
"Ia telah dikesan di Queensland dan negeri lain dalam pelbagai bentuk, termasuk tablet, serbuk dan cecair," kata Alan.
Perbadanan Penyiaran Australia melaporkan bahawa polis tempatan sedang berusaha mengesan sumber tablet haram itu, dengan siasatan mengenai dua kematian yang dikaitkan dengan tablet palsu itu masih diteruskan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#protonitazene
#produk kesihatan yang diperoleh secara haram
#Queensland Health
#Xanax
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan