CANBERRA: Kerajaan Australia merancang untuk meningkatkan jumlah pengambilan pekerja migran bagi menangani kekurangan tenaga buruh disebabkan pandemik COVID-19, kata Menteri Kemahiran dan Latihan, Brendan O'Connor.
Beliau berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menaikkan had migran tahunan daripada paras semasa iaitu 160,000 kepada lebih ramai migran berkemahiran tinggi, termasuk membabitkan pengamal kesihatan dan pakar IT, lapor Xinhua.
Menurut Biro Perangkaan Australia (ABS), terdapat 480,100 kekosongan jawatan pada Mei, peningkatan lebih 100 peratus berbanding Februari 2020 sebelum Australia menutup sempadan antarabangsanya.
Had pengambilan migran akan dibincangkan dengan kesatuan sekerja dan kumpulan majikan di sidang kemuncak pekerjaan dan kemahiran yang akan diadakan pada September.
"Kami mempunyai tugas berat untuk menangani krisis tenaga mahir tetapi Kerajaan perlu berusaha keras untuk melatih tenaga kerja tempatan dan mengurangkan pekerja asing," kata O'Connor.
Beliau juga menegaskan sistem piawaian tidak akan digugurkan sebaliknya perlu menggunakan pendekatan lebih canggih untuk mengukur tahap kemahiran.
"Kita menyaksikan kekurangan dalam pelbagai sektor: perdagangan tradisional, pembuatan maju, runcit, pelancongan, industri teknologi, penjagaan warga emas, doktor, jururawat," katanya kepada akhbar Nine Entertainment pada Ahad.
O'Connor berkata ia bukan "binary choice" (dua pilihan) antara meningkatkan migran mahir dan melatih pekerja tempatan.
Menambah jumlah pekerja migran dijangka dimuktamadkan dalam belanjawan persekutuan, yang akan dibentangkan Bendahari Jim Chalmers pada Oktober.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 14 2022
O'Connor berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menaikkan had migran tahunan daripada paras semasa iaitu 160,000 kepada lebih ramai migran berkemahiran tinggi. - Instagram / Brendan O'Connor
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Trump mahu hukuman mati terhadap migran yang bunuh rakyat AS, polis
Trump ketika berucap di Pittsburgh, Pennsylvania, sekali lagi merungut mengenai kemasukan migran di sempadan selatan AS.
Lapan maut cuba seberangi Selat Inggeris dari Perancis
Sebuah bot yang membawa 59 migran dilihat sejurus sebelum tengah malam berhampiran Bandar Ambleteuse, Pas-de-Calais.
PM baharu Britain mansuh rancangan hantar migran ke Rwanda
Dasar Rwanda akan dibatalkan kerana hanya kira-kira 1 peratus pemohon suaka akan dikeluarkan dan ia akan gagal bertindak sebagai penghalang.
Peningkatan ketibaan migran lonjakkan pertumbuhan populasi Australia
Pengambilan masuk migran di Australia meningkat dan mencapai rekod tertinggi, memacu kepada lonjakan pertumbuhan populasi di negara ini.
Bot karam di Mediterranean: 49 migran diselamatkan pengawal pantai Itali
Seramai 49 migran yang dalam perjalanan dari Afrika Utara ke Eropah berjaya diselamatkan pengawal pantai Itali dalam kejadian bot karam di Laut Mediterranean.
10 individu terlibat penyeludupan migran ditahan
Lima daripada individu berkenaan melibatkan dua tekong laut, dua tekong darat dan seorang transporter.
Polis tahan lelaki disyaki penjaga rumah penampungan dan 12 warga asing
Suspek ditahan bersama 10 lelaki dan dua wanita warga asing berusia lingkungan 20 hingga 46 tahun dalam serbuan pada 1.30 pagi.
Surat aktivis: KSM akan jalankan operasi seluruh negara - Sivakumar
KSM akan menjalankan operasi di seluruh negara susulan surat seorang aktivis hak migran kepada OHCHR berhubung nasib pekerja Bangladesh di Malaysia.
Kebanjiran migran: Costa Rica rancang isytihar darurat
Presiden Costa Rica Rodrigo Chaves pada Selasa berkata beliau mahu mengisytiharkan darurat di negara Amerika Tengah itu berikutan peningkatan kemasukan migran.
Ribuan migran rentas sempadan AS-Mexico
Perkembangan itu berlaku beberapa jam selepas Datuk Bandar Eagle Pass mengeluarkan deklarasi bencana tempatan untuk mencari lebih banyak sumber.