awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Putin tegaskan penubuhan negara Palestin sebagai perkara prinsip
NRES tidak kompromi rasuah, sedia beri kerjasama kepada SPRM - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Australia sokong penyelidikan perubatan di Asia Tenggara, Pasifik

Bernama
Bernama
07/09/2025
11:24 MYT
Australia sokong penyelidikan perubatan di Asia Tenggara, Pasifik
Penny WOng berkata, pembiayaan itu bertujuan menangani beberapa cabaran perubatan paling sukar dan mengubah penyelidikan bertaraf dunia kepada penyelesaian sebenar. - Gambar fail
CANBERRA (Australia): Kerajaan Australia pada Sabtu mengumumkan pelancaran projek bagi menyokong penyelidikan perubatan di Australia, Timor-Leste, Indonesia dan negara lain di seluruh Asia Tenggara serta Pasifik, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Menteri Luar Australia Penny Wong dan Menteri Kesihatan Australia Mark Butler, dalam kenyataan bersama berkata menerusi skim geran Pusat Kecemerlangan Penyelidikan (CRE) Majlis Kesihatan dan Penyelidikan Perubatan Kebangsaan (NHMRC), seramai 24 ketua penyelidik dan pasukan mereka akan menerima sokongan dana berjumlah A$72 juta.
Pembiayaan itu bertujuan menangani beberapa cabaran perubatan paling sukar dan mengubah penyelidikan bertaraf dunia kepada penyelesaian sebenar.
Projek itu juga bertujuan membangunkan vaksin yang lebih berkesan serta menyokong kerjasama dan tindakan transdisiplin antara kesihatan manusia, kesihatan haiwan dan ekosistem bagi menangani cabaran yang menjejaskan rantau Pasifik dan Asia Tenggara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyelidikan
#perubatan
#Asia Pasifik
#Penny Wong
#Asia Tenggara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan