awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama

Bernama
Bernama
21/02/2025
23:30 MYT
Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Ketua Pengarah IAEA Rafael Grossi ketika adakan lawatan ke wilayah Fukushima. - Foto REUTERS
TOKYO: Badan pengawas nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumpul sampel air radioaktif terawat dari loji nuklear Fukushima Daiichi yang rosak pada Jumaat dan menyaksikan kali pertama China menyertai proses itu, lapor agensi berita Kyodo.
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
Menurut pegawai kerajaan, langkah itu sebahagian daripada usaha untuk memudahkan potensi China menyambung semula import makanan laut Jepun, yang digantung susulan keputusan Tokyo melepaskan air terawat ke laut.
Selain pakar IAEA, penganalisis dari China, Korea Selatan, Switzerland dan Perancis turut mengambil bahagian dalam aktiviti pensampelan itu.
Pada Jumaat, sampel cecair diambil dari tangki simpanan di tapak loji, lokasi tempat air terawat disimpan sebelum dicairkan dengan air laut.
Loji Fukushima Daiichi mengalami pencairan teras reaktor di beberapa unit selepas gempa bumi bermagnitud 9.0 dan tsunami pada Mac 2011.
Pengendali loji itu mula melepaskan air radioaktif terawat secara terkawal ke lautan pada Ogos 2023, langkah yang mencetuskan bantahan kuat dari China.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#loji nuklear Fukushima
#PBB
#sampel air
#IAEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan