awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badan Perwakilan Pemilih AS sahkan kemenangan Trump dalam pilihan raya 2024

Bernama
Bernama
18/12/2024
04:50 MYT
Badan Perwakilan Pemilih AS sahkan kemenangan Trump dalam pilihan raya 2024
Trump memperoleh 312 undi pemilih, melepasi ambang 270 undi yang diperlukan untuk menang. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Badan Perwakilan Pemilih Amerika Syarikat (US Electoral College) secara rasmi mengesahkan kemenangan Presiden terpilih Donald Trump dan Naib Presiden pilihan JD Vance, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Seramai 538 perwakilan pemilih berkumpul di ibu negeri masing-masing pada Selasa untuk melaksanakan tanggungjawab mereka, mengundi bagi jawatan presiden dan naib presiden selaras dengan kehendak pengundi.
Trump memperoleh 312 undi pemilih, melepasi ambang 270 undi yang diperlukan untuk menang.
Maryland menjadi negeri pertama yang mengundi, memberikan 10 undi pemilih kepada Naib Presiden Kamala Harris.
Hawaii, negeri terakhir yang menyelesaikan proses itu turut memberikan empat undinya kepada Harris.
Semua undi pemilih dari setiap negeri akan dikira dan disahkan semasa sesi bersama Dewan Perwakilan dan Senat pada 6 Jan.
Selepas proses itu, Trump dan Vance dijangka mengangkat sumpah jawatan pada 20 Jan dan secara rasmi memulakan tugas mereka sebagai Presiden dan Naib Presiden Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#pilihan raya AS
#keputusan rasmi
#JD Vance
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan