awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badan pilihan raya tertinggi Bolivia tentukan kelayakan calon bekas presiden Morales

Bernama
Bernama
17/05/2025
03:45 MYT
Badan pilihan raya tertinggi Bolivia tentukan kelayakan calon bekas presiden Morales
Evo Morales pada satu majlis di Cochabamba, Bolivia, 19 Apr lalu, mengumumkan beliau akan bertanding sebagai presiden pada pilihan raya umum akan datang. REUTERS
LA PAZ: Presiden Tribunal Pilihan Raya Agung (TSE) Bolivia Oscar Hassenteufel pada Jumaat berkata bekas Presiden Evo Morales boleh mendaftar sebagai calon bagi pilihan raya umum pada 17 Ogos jika beliau menyertai parti politik yang sah dari segi undang-undang dan mengemukakan dokumen yang diperlukan, lapor Xinhua.
Bagaimanapun, Hassenteufel menjelaskan dalam sidang media bahawa kebenaran untuk Morales bertanding akan bergantung pada penilaian berikutnya oleh TSE mengikut peraturan dan undang-undang semasa.
"Jika beliau tampil dengan sebuah parti dan menyerahkan dokumen yang diperlukan, beliau akan didaftarkan dan pada masa itu, Tribunal Pilihan Raya akan memutuskan sama ada beliau layak atau tidak," katanya.
Mengenai perarakan penyokong bekas presiden itu baru-baru ini, ketua TSE berkata mereka mempunyai hak untuk berhimpun, tetapi harus melakukannya secara aman.
Tarikh akhir pendaftaran calon ditetapkan pada 19 Mei, dan senarai rasmi calon yang layak dijangka diumumkan pada 6 Jun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pilihan raya umum
#Bolivia
#Evo Morales
#Tribunal Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami