awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bahan api fosil masih jadi sumber tenaga - Hikmat Hajiyev

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
19/11/2024
15:14 MYT
Bahan api fosil masih jadi sumber tenaga - Hikmat Hajiyev
Hikmat berkata langkah peralihan tenaga dan agenda hijau perlu terus dilakukan tanpa henti. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bahan api fosil akan terus menjadi sumber tenaga dan tidak mungkin boleh digantikan dengan sumber tenaga boleh baharu sepenuhnya.

Ringkasan AI
  • Bahan api fosil akan terus menjadi sumber tenaga utama: Tidak ada alternatif sempurna kepada bahan api fosil pada masa ini, dan ia akan terus menjadi sebahagian daripada kehidupan kita.Peralihan tenaga dan agenda hijau perlu diteruskan: Walaupun bahan api fosil masih dominan, usaha peralihan kepada tenaga hijau dan transformasi hijau adalah penting dan perlu diteruskan.Inisiatif hijau Azerbaijan: Azerbaijan telah mengambil langkah dalam peralihan tenaga hijau, termasuk pembukaan ladang solar dengan 570,000 panel solar di Baku.

Pembantu Khas dan Ketua Polisi Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Pentadbiran Presiden Republik Azerbaijan, Hikmat Hajiyev menjelaskan, kerana itu, langkah peralihan tenaga dan agenda hijau perlu terus dilakukan tanpa henti.
“Hampir semua negara di dunia menggunakan produk berasaskan bahan api fosil. Kita juga perlu mengakui bahawa ketika ini tidak ada alternatif sempurna kepada bahan api fosil.
"Bahan bakar ini akan terus menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Agenda dan transformasi hijau adalah penting, tetapi ia tidak akan mampu mengubah sepenuhnya infrastruktur dan komposisi keselamatan tenaga sesebuah negara,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa, ketika ditemui semasa Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP 29).
Bahan api fosil masih jadi sumber tenaga - Pembantu Khas Presiden Azerbaijan
Menurut Hikmat, Azerbaijan yang merupakan negara pengeluar minyak juga telah mengorak langkah dalam inisiatif peralihan tenaga hijau dalam negara.
Antara lain katanya, Azerbaijan telah membuka ladang solar yang melibatkan 570,000 panel solar di ibu kotanya, Baku.
COP29 di Baku, Azerbaijan berlangsung dari 11 November sehingga 22 November ini dengan sasaran mencapai persetujuan khususnya berkaitan dengan pendanaan iklim.
Agenda AWANI: COP29 | Belajar daripada Azerbaijan, makna perubahan
Stay tuned for the latest updates, key discussions, and outcomes from COP29 here on our microsite.
Topic Berkaitan
#COP29
#peralihan tenaga bersih
#bahan api fosil
#petroleum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan