awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bahasa Indonesia berpotensi jadi bahasa pengantar Asia Tenggara - Nadiem Makarim

Nailah Huda
Nailah Huda
22/02/2020
05:21 MYT
Bahasa Indonesia berpotensi jadi bahasa pengantar Asia Tenggara - Nadiem Makarim
Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia serta pengasas Gojek, Nadiem Makarim ketika tiba di Istana Presiden di Jakarta, Indonesia pada 21 Oktober 2019. Gambar fail REUTERS
MENTERI Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Nadiem Makarim berhasrat untuk menjadikan bahasa Indonesia sebagai bahasa pengantar di seluruh Asia Tenggara.
“Ia adalah satu misi bagi Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa untuk menjadikan bahasa Indonesia sebagai lingua franca di Asia Tenggara,” kata pengasas dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Gojek itu.
Memetik laporan berita tempatan Tempo.co, beliau berkata demikian dalam satu mesyuarat bersama sebuah suruhanjaya Dewan Rakyat berhubung pendidikan, Komisi X DPR pada Khamis.
Kata Nadiem, salah satu cara untuk mencapai hasrat tersebut adalah dengan berinovasi dalam bidang bahasa.
Contohnya, dengan mengadaptasikan bahasa dan bangsa lain supaya dapat menyatupadukan bahasa itu dengan masyarakat sedunia.
“Saya tidak pasti sama ada ia akan tercapai. Namun, kita perlu mimpi besar,” kata beliau.
Tambah beliau, perkara ini bakal menjadikan Indonesia terkenal bukan sahaja daripada sudut ekonomi, malah juga berhubung aspek budaya dan bahasa.
Bagi Nadiem, inovasi bahasa Indonesia sangat penting dan menarik untuk mengukuhkan tempat Indonesia di pentas dunia, terutamanya di rantau Asia Tenggara.
Nadiem, 35 tahun, meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Gojek sebelum dilantik sebagai Menteri Pendidikan dan Kebudayaan dalam kabinet Presiden Jokowi Widodo pada Oktober 2019.
Topic Berkaitan
#bahasa
#Bahasa Indonesia
#Dewan Rakyat
#Gojek
#Indonesia
#Joko Widodo
#Jokowi
#Menteri Pendidikan dan Kebudayaan
#Nadiem Makarim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan