Skip to main content

Dunia

Bahrain dakwa berjaya pintas dan musnahkan serangan udara Iran

Spain's Lamine Yamal responds to a question during a news conference Monday, July 13, 2026, in Arlington, Texas, ahead of the team's World Cup semifinal soccer match against France. (AP Photo/Tony Gutierrez)
Pihak keselamatan Bahrain dilaporkan terus meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang ancaman susulan. - Foto X/World Source
Advertisement

MANAMA: Sistem pertahanan udara Bahrain berjaya memintas dan memusnahkan beberapa serangan udara yang dilancarkan Iran, menurut penasihat media kepada Raja Bahrain.

Dalam kenyataan yang dipetik media tempatan, penasihat berkenaan berkata pasukan pertahanan Bahrain bertindak pantas terhadap ancaman yang memasuki ruang udara negara itu, sekali gus menghalang sebarang kerosakan atau kehilangan nyawa.

Beliau tidak memberikan butiran lanjut mengenai jumlah sasaran yang dipintas atau jenis aset udara yang digunakan dalam serangan tersebut.

Insiden itu berlaku ketika ketegangan di rantau Teluk terus memuncak susulan konflik yang semakin meruncing antara Iran dan Amerika Syarikat, yang telah menyaksikan siri serangan balas serta operasi ketenteraan di beberapa lokasi strategik.

Bahrain, yang menempatkan pangkalan penting Tentera Laut Amerika Syarikat, dianggap sebagai antara sekutu utama Washington di rantau Asia Barat.

Setakat ini, pihak berkuasa Iran belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan serangan tersebut.

Pihak keselamatan Bahrain dilaporkan terus meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang ancaman susulan, sementara kerajaan memantau rapat perkembangan situasi keselamatan serantau yang semakin tidak menentu.

Penganalisis melihat insiden itu sebagai satu lagi petunjuk peningkatan risiko konflik lebih luas di rantau Teluk, yang boleh menjejaskan kestabilan keselamatan serta perdagangan antarabangsa di kawasan berkenaan.
 

 

Must Watch Video

Advertisement