Skip to main content

Dunia

Bahrain umum seorang terbunuh, dua cedera akibat serpihan misil

Massive fire at alleged U.S. naval base in Bahrain. -- X/@MarioNawfal
Kementerian Dalam Negeri Bahrain mengumumkan seorang terbunuh dan dua lagi cedera akibat serpihan yang jatuh daripada peluru berpandu yang dipintas. - Gambar/ Media sosial

MANAMA (BAHRAIN): Kementerian Dalam Negeri Bahrain mengumumkan seorang terbunuh dan dua lagi cedera akibat serpihan yang jatuh daripada peluru berpandu yang dipintas, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan awal Isnin, kementerian itu memaklumkan kebakaran berlaku di atas kapal asing yang sedang diselenggara di Salman Industrial City selepas serpihan peluru berpandu yang dipintas jatuh ke atasnya, mengakibatkan kematian seorang pekerja Asia dan kecederaan serius pada dua yang lain. Api dapat dikawal dan dipadamkan.

Advertisement

Terdahulu, Perintah Am Angkatan Pertahanan Bahrain mengesahkan bahawa sistem peluru berpandu pertahanan udaranya telah menangkis serangan Iran, menyatakan bahawa sejumlah 61 peluru berpandu dan 34 dron berjaya dimusnahkan dan dipintas.

-- BERNAMA-QNA

 

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found