AHLI politik Denmark-Sweden yang juga pemimpin kumpulan antipendatang dan anti-Islam Hard Line, Rasmus Paludan mula mendapat perhatian umum pada 2017 apabila dia mula membuat video YouTube anti-Muslim.
Paludan mewajarkan aksinya di Denmark - seperti membakar kitab suci umat Islam, adakalanya dibungkus dengan daging - kononnya sebagai penghormatan kepada hak kebebasan bersuara.
Kali ini nama Paludan disebut dan dikaitkan lagi dengan insiden membakar naskah Al-Quran yang berlaku di Sweden yang kini telah mencederakan sekurang-kurangnya 40 orang ketika polis negara itu berusaha mendapatkan lebih banyak tenaga untuk menangani keganasan itu.
Kerja keji dan terkutuk membakar Al-Quran itu dilakukan bertujuan untuk meningkatkan sokongan menjelang pilihan raya Denmark pada bulan September.
Paludan yang mengisytiharkan 'lawatan' ke Sweden juga merancang untuk melawat bandar dan pekan dengan populasi Islam yang besar dengan niat membakar naskhah al-Quran semasa bulan suci Ramadan.
Rusuhan ganas meletus di bandar Orebro tengah Sweden pada Jumaat ketika penunjuk perasaan bertindak balas menyerang polis sebelum satu demonstrasi.
Polis berkata empat kereta polis telah dibakar dan sekurang-kurangnya empat pegawai dan seorang orang awam cedera. Penunjuk perasaan turut membaling batu, menyerbu kedudukan polis dan merobohkan penghadang.
Media tempatan juga melaporkan pertempuran di pinggir bandar Stockholm di Rinkeby selepas Paludan membakar naskhah al-Quran pada hari Jumaat.
Pada Ahad, polis berkata sekurang-kurangnya 34 orang telah ditangkap di Linkoping dan Norrkoping selepas kira-kira 150 penunjuk perasaan membaling batu ke arah pegawai dan membakar kenderaan.
Anders Thornberg, Ketua Polis Sweden, berkata dia tidak pernah melihat rusuhan ganas seperti itu.
Pergolakan di Norrkoping berlaku selepas Paludan berkata beliau merancang untuk mengadakan perhimpunan di sana tetapi tidak pernah muncul. Tiga orang dilaporkan cedera akibat tembakan dan polis di Norrkoping berkata pegawainya "melepaskan beberapa tembakan amaran" selepas diserang.
“Tiga orang cedera dan kini dirawat di hospital,” kata polis dalam satu kenyataan.
"Ketiga-tiga yang cedera telah ditahan kerana disyaki melakukan perbuatan jenayah."
Kembali kepada Paludan– yang bapanya warga Sweden – dia pernah dijatuhi hukuman penjara 14 hari pada 2019 kerana ucapan perkauman di Denmark.
Setahun kemudian, dia berdepan hukuman sebulan penjara selepas didapati bersalah atas 14 pertuduhan berbeza berkaitan perkauman, fitnah dan pemanduan berbahaya.
Hard Line, atau Stram Kurs dalam bahasa Sweden, gagal memenangi satu kerusi pun dalam pilihan raya kebangsaan Denmark yang lalu pada 2019.
Kini Paludan merancang untuk bertanding semula pada undian Jun 2023, tetapi dia dilaporkan tidak mempunyai bilangan tandatangan yang diperlukan untuk mendapatkannya pencalonan.
Agensi
Wed Apr 20 2022
Rusuhan ganas meletus di bandar Orebro tengah Sweden pada hari Jumaat ketika penunjuk perasaan balas menyerang polis sebelum demonstrasi yang dirancang. - Tangkap layar Al-Jazeera
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Majlis Eropah kritik Denmark kerana beri ruang Paludan lakukan provokasi bakar al-Quran
Ucapan kebencian di Denmark memperoleh manfaat hasil "perlindungan polis" di bawah "nama kebebasan bersuara," menurut laporan terbaharu suruhanjaya anti-perkauman Majlis Eropah ECRI.
Protes tindakan bakar Al-Quran, 1,000 peserta berarak ke kedutaan Sweden
Hampir 1,000 peserta berhimpun secara aman dan berarak ke Kedutaan Sweden dari Masjid As-Syakirin KLCC selepas solat Jumaat sebagai tanda protes terhadap tindakan ahli politik Sweden Rasmus Paludan.
Bantahan tindakan bakar al-Quran: Gabungan 30 NGO serah nota bantahan
Lebih 30 gabungan NGO hadir ke Kedutaan Sweden, bagi menyerahkan nota bantahan terhadap tindakan kerajaan Sweden membenarkan ahli politik pelampau Rasmus Paludan membakar al-Quran.
Bakar al-Quran: Bukti negara barat gagal pelihara demokrasi - Penganalisis
Insiden pembakaran al-Quran di Sweden membuktikan negara barat gagal memelihara demokrasi.
Malaysia kutuk sekeras-kerasnya tindakan provokasi pembakaran Al-Quran di Sweden
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobik Rasmus Paludan, yang bertindak membakar senaskah Al-Quran Karim di Stockholm, pada 21 Januari lalu.
Bakar Al-Quran di Sweden, Rasmus Paludan dalang di sebalik rusuhan
Paludan mewajarkan aksinya di Denmark - seperti membakar kitab suci umat Islam, kadang-kadang dibungkus dengan daging - sebagai penghormatan kepada kebebasan bersuara.
Pakistan kutuk provokasi Islamofobia di Sweden
Pemimpin pelampau Denmark, Rasmus Paludan dari parti Stram Kurs telah membakar salinan kitab suci itu di Linkoping, Sweden.
Lebih 20 ditahan dalam rusuhan di Copenhagen
Kejadian bermula apabila Rasmus Paludan, peguam yang menuntut hak kebebasan bersuara, melambung kitab Al-Quran ke udara beberapa kali dalam satu demonstrasi yang dikawal rapi pihak polis.