awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banduan hukuman mati Filipina dihantar pulang selepas rundingan panjang dengan Indonesia

Bernama
Bernama
18/12/2024
05:30 MYT
Banduan hukuman mati Filipina dihantar pulang selepas rundingan panjang dengan Indonesia
Pihak berkuasa Indonesia menyerahkan Veloso kepada pegawai Filipina pada malam Selasa. - Gambar/ AP
MANILA: Mary Jane Veloso, seorang rakyat Filipina yang dijatuhi hukuman mati di Indonesia, akhirnya kembali ke Manila pada pagi Rabu setelah melalui rundingan panjang selama bertahun-tahun antara kedua-dua negara, lapor Xinhua.
Veloso, 39 tahun menjalani hukuman penjara hampir 15 tahun di penjara Yogyakarta, Indonesia, sejak penahanannya pada 2010 apabila dia didapati membawa 2.6 kilogram heroin yang disembunyikan dalam bagasinya di sebuah lapangan terbang.
Ibu kepada dua anak itu meninggalkan Filipina untuk bekerja di luar negara, menafikan tuduhan penyeludupan dadah dan mendakwa dirinya menjadi mangsa penipuan.
Pada 2015, dia hampir dihukum mati namun mendapat penangguhan hukuman pada saat-saat akhir.
Menurut Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina, pihak berkuasa Indonesia menyerahkan Veloso kepada pegawai Filipina pada malam Selasa.
Kerajaan Filipina menyampaikan penghargaan kepada pemerintah Indonesia atas repatriasi Veloso setelah lebih sedekad rundingan diplomatik.
"Ini adalah pencapaian penting bagi hubungan dua hala antara Filipina dan Indonesia, yang menunjukkan kepercayaan dan persahabatan antara kedua-dua negara," kata Setiausaha Luar Filipina, Enrique Manalo.
Setibanya di Manila, Veloso dihantar ke sebuah penjara wanita untuk proses lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banduan hukuman mati
#Filipina
#Indonesia
#Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan