awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banduan tawan 139 pengawal, kakitangan penjara di Ecuador

Bernama
Bernama
11/01/2024
07:50 MYT
Banduan tawan 139 pengawal, kakitangan penjara di Ecuador
Darurat diisytihar di seluruh negara pada Isnin untuk memerangi aktiviti jenayah, terutamanya di penjara. - Gambar/ Reuters
QUITO: Kira-kira 125 pengawal penjara dan 14 pegawai pentadbiran dijadikan tawanan oleh banduan di lima penjara di Ecuador ekoran rusuhan dan pemberontakan yang tercetus pada Isnin, lapor Xinhua.
Mereka ditawan di penjara di wilayah Azuay dan Canar, Napo, Tungurahua dan Cotopaxi.
"Polis dan angkatan tentera terus bekerjasama untuk membebaskan mereka," menurut pihak berkuasa National Comprehensive Care Service for Adults Deprived of Liberty and Adolescent Offenders.
Rusuhan tercetus selepas pihak berkuasa mengesahkan bahawa Adolfo "Fito" Macias, pengedar dadah utama negara dan ketua kumpulan jenayah "Los Choneros" telah melarikan diri dari Regional Prison Eight yang terletak di bandar Guayaquil.
Presiden Ecuador Daniel Noboa menggesa pasukan tentera dan polis untuk mengembalikan ketenteraman di penjara.
Pada Isnin, Noboa mengisytiharkan darurat di seluruh negara untuk memerangi aktiviti jenayah, terutamanya di penjara, di tengah-tengah peningkatan keganasan yang dicetuskan oleh kumpulan yang bersaing untuk mengawal laluan pengedaran dadah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ecuador
#rusuhan penjara
#Adolfo Fito Macias
#pengedar dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan