Skip to main content

Teknologi

Google perkenal ciri ‘Titik Jeda’, bantu kawal ketagihan aplikasi

Google hari ini mengumumkan sebuah ciri baharu yang akan hadir terbina bersama Android 17, iaitu Pause Point atau Titik Jeda. Melaluinya, ia akan diaktifkan apabila anda membuka sesuatu aplikasi yang anda label sebagai penghabis masa, dimana ia akan memberikan anda masa 10 saat untuk bertenang dan bertanyakan soalan kenapa anda membuka aplikasi berkenaan.
Ciri tersebut diaktifkan secara automatik apabila pengguna membuka aplikasi yang dilabel sebagai berpotensi mencetuskan ketagihan atau melalaikan. -Foto Amanz

MOUNTAIN VIEW: Google hari ini mengumumkan pengenalan ciri keselamatan digital baharu yang dinamakan sebagai “Pause Point” (Titik Jeda) menerusi versi Android akan datang.

Ciri tersebut diaktifkan secara automatik apabila pengguna membuka aplikasi yang dilabel sebagai berpotensi mencetuskan ketagihan atau melalaikan, lapor Amanz.

Melalui mod ini, skrin peranti akan memaparkan ruang bertenang selama 10 saat bagi memberi peluang kepada pengguna berfikir secara rasional sebelum meneruskan akses ke aplikasi berkenaan.

Langkah intervensi itu bertujuan mengurangkan tabiat meluangkan masa terlalu lama tanpa sedar dalam aplikasi media sosial popular termasuk TikTok, YouTube dan Threads.

Pengguna turut diberi fleksibiliti untuk memilih serta melabel sendiri senarai aplikasi yang ingin diletakkan di bawah pemantauan ciri berkenaan mengikut keperluan individu.

Penganalisis teknologi menyifatkan usaha ini sebagai langkah proaktif Google dalam membantu pengguna menguruskan kesihatan mental serta mengurangkan kesan ketagihan peranti pintar.

Sokongan ciri Titik Jeda ini dijangka ditawarkan kepada ekosistem peranti Android yang menyokong kemas kini akan datang pada hujung tahun ini.

 

Must Watch Video