awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
Anggota tentera cedera dalam letupan bom di Yala
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangga dengan tempat kerja, bapa namakan bayi sempena pejabat

Astro Awani
Astro Awani
09/04/2021
03:00 MYT
Bangga dengan tempat kerja, bapa namakan bayi sempena pejabat
Isteri Slamaet, Ririn Linda Tunggal Sari bersama Dinko atau nama penuhnya Dinas Komunikasi Informatika dan Statistik Brebes. -Twitter/ KompasTV
JAKARTA: Ibu bapa mana yang tidak berasa bangga apabila dikurniakan zuriat setelah melalui alam perkahwinan.
Semestinya juga pilihan nama yang sesuai bagi meraikan kelahiran cahaya mata yang mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan.
Namun apa yang berlaku di Indonesia baru-baru ini mencetuskan perbualan hangat, bukan hanya di republik itu, malah di negara kita.
Seorang bapa memilih menamakan bayi lelakinya sempena nama pejabat tempat dia bekerja sebagai membayar nazar jika dikurniakan anak.
Slamet Wahyudi, 38, menamakan anaknya "Dinas Komunikasi Informatika dan Statistik Brebes" sempena nama pejabatnya.
Menurut laporan portal celebrities.id, Wahyudi mengaku menamakan anaknya sebegitu setelah bernazar jika dikurniakan seorang anak lelaki.
"Saya memberi nama anak ini, sebagai penghargaan untuk tempat kerja saya.
"Alhamdulilah isteri saya juga tidak keberatan dengan nama ini, meski kedengarannya aneh," kata Slamet.
Slamet berkata dia dan isteri Ririn Linda Tunggal Sari, 33, memilih nama Dinko sebagai nama timangan.
"Nama panggilan anak saya ini Dinko, kalau nama panjangnya Dinas Komunikasi Informatika Statistik.
"Anak ini lahir pukul 11 malam pada 23 Disember 2020 lalu," kata Slamet lagi.
Wahyudi telah bekerja di pejabat itu sejak 2003 pada awalnya sebagai penyiar radio dan kemudian memegang jawatan sebagai Aparatur Sipil Negara (ASN) pada 2009.
Wahyudi kini bertugas di Bagian Kustodian Pengurus Barang di pejabat yang sama.
Topic Berkaitan
#Dinas Komunikasi Informatika dan Statistik Brebes
#nama anak sempena nama pejabat
#Slamet Wahyudi
#bayi lelaki
#bayar nazar
#Dinko
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan