awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat

Bernama
Bernama
15/02/2024
14:29 MYT
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis. - Gambar fail/REUTERS
BANGKOK: Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
Keadaan bertambah buruk dengan jumlah titik panas akibat pembakaran meningkat kepada 1,712.
Laman sesawang pemantauan udara IQAir meletakkan Bangkok antara senarai 10 bandar paling tercemar di dunia pada Khamis.
Agensi Pembangunan Teknologi Geo-Informatik dan Angkasa (Gistda) mengesan 546 titik panas di hutan terlindung, 506 di hutan simpanan negara, 278 di kawasan pertanian, 195 di kawasan komuniti dan lain-lain, 159 di Tanah Reformasi Pertanian dan 28 di sepanjang lebuh raya.
Wilayah Kanchanaburi mempunyai jumlah titik panas tertinggi iaitu sebanyak 328.
Gistda mengesan 66 wilayah diselubungi paras tidak selamat PM 2.5 pada 8 pagi yang menyaksikan Bangkok mempunyai paras paling teruk iaitu 187.3 mikrogram setiap meter padu (ug/m3).
Di Bangkok, paras purata PM2.5 adalah antara 51.6 dan 82.6 ug/m3, setakat 2 petang (waktu tempatan).
Kerajaan menetapkan had selamat untuk PM2.5 ialah pada 37.5 ug/m3 manakala garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan 25 ug/m3.
Sementara itu, Perdana Menteri Srettha Thavisin berkata pembakaran tanaman adalah antara faktor yang menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara.
Beliau mengarahkan Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) mengambil pelbagai langkah termasuk larangan sementara aktiviti pembinaan selain pekerja bekerja dari rumah selama dua hari mulai pada Khamis.
Bagi langkah jangka panjang, beliau berkata bilangan kenderaan bahan api diesel dalam bandar perlu dikurangkan selain menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik untuk mengurangkan pelepasan daripada ekzos kenderaan.
Sementara itu, Pengarah Pejabat Ramalan Cuaca Pusat Jabatan Meteorologi Somkuan Tonjan berkata paras PM2.5 yang tinggi Bangkok disebabkan oleh udara bertakung, selain angin tenggara yang sangat ringan, menyebabkan habuk bercampur dengan kelembapan, menurut laporan PBS Thai.
Somkuan berkata peningkatan kawasan panas di Kemboja dan Myanmar turut menyumbang kepada paras PM2.5 yang tinggi.
Data Gistda juga menunjukkan negara jiran Thailand, Kemboja merekodkan 2,591 titik panas, Myanmar 1,844 , Laos 900 manakala Vietnam sebanyak 185 titik panas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangkok
#jerebu
#Thailand
#titik panas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan