Skip to main content

Dunia

Banjir dan tanah runtuh akibat Taufan Lala ragut satu nyawa di Hawaii

A road is flooded due to Hurricane Lala in Hilo, Hawaii, Sunday, Aug. 16, 2026. (Stephen Lam/San Francisco Chronicle via AP)
Sebatang jalan ditenggelami banjir akibat Taufan Lala di Hilo, Hawaii. - Foto AP
Advertisement

HONOLULU: Seorang maut manakala beberapa rumah dihanyutkan banjir selepas Taufan Lala membadai Hawaii, mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh di beberapa kawasan di negeri kepulauan itu.

Walaupun tidak mendarat secara langsung, taufan kategori satu itu membawa hujan lebat sehingga 89 sentimeter di sesetengah kawasan, menyebabkan aliran air deras menuruni lereng bukit dan menenggelami komuniti berhampiran pantai.

Pihak berkuasa melancarkan operasi mencari dan menyelamat di kawasan Naalehu dan Waiohinu selepas beberapa rumah dilaporkan tercabut dari struktur asas dan dihanyutkan banjir.

Seorang dilaporkan maut dalam kemalangan jalan raya yang dikaitkan dengan cuaca buruk akibat ribut berkenaan.

Menurut Pusat Taufan Kebangsaan (NHC), Lala kini telah lemah kepada ribut tropika dan bergerak ke arah barat di selatan Hawaii, namun amaran ribut tropika masih berkuat kuasa untuk semua lapan pulau utama negeri itu.

Lebih 219,000 pengguna terputus bekalan elektrik, manakala tiga hospital turut mengalami gangguan kuasa sebelum beroperasi menggunakan penjana kecemasan.

Kira-kira 180 anggota Pengawal Kebangsaan Hawaii telah dikerahkan bagi membantu operasi kecemasan, sementara hampir 190 penerbangan ditangguhkan akibat cuaca buruk.

Pihak berkuasa turut memberi amaran hujan tambahan berkemungkinan berlaku di Pulau Besar (Big Island) dan Maui, sekali gus meningkatkan risiko banjir kilat serta tanah runtuh di kawasan terjejas.

 

 

Must Watch Video

Advertisement