Skip to main content

Malaysia

Perhilitan N. Sembilan pasang kamera perangkap kesan harimau kumbang di kawasan perumahan

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati sekiranya terserempak haiwan liar itu dan tidak melakukan provokasi atau mengambil tindakan sendiri.
Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati sekiranya terserempak haiwan liar itu dan tidak melakukan provokasi atau mengambil tindakan sendiri.
Advertisement

SEREMBAN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan akan memasang kamera perangkap bagi mengesan kehadiran harimau kumbang susulan aduan mengenai kelibat haiwan liar itu yang didakwa di kawasan perumahan Laman Sendayan, di sini.

Pengarahnya Wan Mat Wan Harun berkata tindakan itu bagi memastikan kesahihan aduan berkenaan sebelum tindakan lanjut diambil.

“Lokasi aduan (kehadiran harimau kumbang) terletak kira-kira 12 kilometer dari Hutan Simpan Kekal Galah. Perhilitan menerima laporan kira-kira 2 petang (Sabtu) dan pasukan akan memasang kamera perangkap itu petang ini," katanya kepada Bernama di sini pada Sabtu.

Advertisement

Beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati sekiranya terserempak haiwan liar itu dan tidak melakukan provokasi atau mengambil tindakan sendiri serta segera menghubungi Perhilitan untuk tindakan lanjut.

Pada Sabtu, tular beberapa gambar dimuat naik pengguna menerusi media sosial memaparkan haiwan itu berkeliaran dipercayai mencari makanan di kawasan berkenaan.

Advertisement

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement