DHAKA: Hujan monsun di Bangladesh telah menjejaskan lebih 12,000 pelarian Rohingya sementara kira-kira 2,500 tempat perlindungan rosak atau musnah, kata Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) pada Rabu.
Lebih 5,000 pelarian dipindahkan sama ada menumpang di rumah anggota keluarga yang lain atau ditempatkan di kemudahan perlindungan sementara berikutan curahan hujan melebihi 300 milimeter di kawasan kem yang menampung lebih 800,000 pelarian, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik kenyataan UNHCR.
Kenyataan itu menyatakan sekurang-kurangnya enam pelarian Rohingya maut dalam insiden yang dicetuskan hujan lebat.
"Hujan lebat dijangka berterusan dalam beberapa hari lagi dengan musim tengkujuh dijangka melanda untuk tempoh tiga bulan lagi. Situasi ini diburukkan lagi dengan pandemik COVID-19," tambahnya.
Bangladesh kini menempatkan hampir 1.2 juta Rohingya yang melarikan diri akibat kekerasan tentera di Rakhine, Myanmar pada Ogos 2017.
Sejak 25 Ogos 2017, hampir 24,000 Rohingya dibunuh tentera Myanmar, lebih 34,000 lagi dibakar ihud-hidup dan lebih 114,000 yang lain didera, menurut laporan Agensi Pembangunan Antarabangsa Ontario (OIDA).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 29 2021
Hujan lebat dijangka berterusan dalam beberapa hari lagi dengan musim tengkujuh dijangka melanda untuk tempoh tiga bulan lagi. - Reuters
Pendekatan berhemah, waspada perlu dalam kes babitkan wartawan Bloomberg - Johan Jaaffar
Tan Sri Johan Jaaffar menggesa pihak polis untuk mengambil pendekatan berhemah, penuh waspada dan penuh pemahaman dalam mengendalikan kes membabitkan seorang wartawan Bloomberg, Ram Anand.
Filipina, AS tembak 'tentera penceroboh' dalam latihan di Laut China Selatan
Tentera Amerika Syarikat dan Filipina melepaskan tembakan peluru berpandu dan artileri ke arah pasukan 'tentera penceroboh' dalam latihan perang di pantai utara Filipina pada Isnin.
Rakaman dashcam puting beliung di Nebraska
Visual yang anda saksikan tadi adalah rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) yang menunjukkan detik puting beliung di Nebraska pada 26 April lalu.
Rakaman itu menunjukkan puting beliung dahsyat itu memusnahkan bangunan di Lincoln di Nebraska.
Rakaman itu menunjukkan puting beliung dahsyat itu memusnahkan bangunan di Lincoln di Nebraska.
Kenakan sekatan, hanti eksport senjata ke Israel - OIC
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam 'pembunuhan beramai-ramai' di Gaza dan menggesa 57 negara anggotanya mengenakan sekatan ke atas Israel dalam resolusi yang diterima pakai pada penghujung sidang kemuncaknya di Gambia pada 5 Mei.
Qantas Airways sedia bayar penalti 100 juta dolar Australia
Qantas Airways berkata pada Isnin bersetuju untuk membayar penalti sebanyak A$100 juta dolar Australia untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah susulan kes menjual tiket yang telah dibatalkan.
Putin angkat sumpah untuk penggal kelima pada selasa
Majlis itu yang dijadualkan berlangsung di Kremlin, menandakan permulaan penggal selama enam tahun untuk pentadbiran Putin yang memenangi 87 peratus undi semasa Pilihan Raya Presiden yang berlangsung pada Mac.
Faisal kini dirawat di ICU, perlu jalani beberapa pembedahan
Pemain skuad kebangsaan, Faisal Halim, kini menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) susulan kejadian disimbah asid di sebuah pasar raya di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Jemaah wanita dinasihat kurangkan pergerakan jika disahkan hamil
Ada nasihat siberikan Pengarah Operasi Madinah (Perubatan) Dr Mahyin Kudong kepada jemaah haji wanita yang disahkan hamil semasa musim haji baik sebelum atau selepas tiba di Tanah Suci.
Anak akan rindu nyanyian 'live' Hail Amir
Ridauddin Daud, Wartawan Astro AWANI
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan minggu lalu.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan mula berpuasa pada Selasa
Arab Saudi mengumumkan anak bulan kelihatan pada Ahad dan Isnin merupakan hari pertama Ramadan.
Bangladesh hantar pulang 330 warga Myanmar
Bangladesh menghantar pulang kira-kira 330 warga Myanmar yang mencari perlindungan di negara itu, di tengah-tengah konflik di sempadan.
Menteri Luar India, Bangladesh bincang situasi di Myanmar
Menteri Luar India dan Bangladesh mengadakan perbincangan berhubung situasi di Myanmar.
Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar
Ramai telah menyeberang ke kem pelarian Rohingya di tenggara Cox's Bazar yang menempatkan kira-kira 1.2 juta komuniti Islam dari Myanmar.
Hari pertama 2024, ratusan warga asing di Brickfields 'digempur' Imigresen
Dalam serbuan itu, seramai 370 warga asing telah diperiksa manakala lebih 100 daripada mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
1,000 polis serbu 'mini Dhaka'
Seramai 1,000 anggota dan pegawai polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) menggempur 'mini Dhaka' di Jalan Silang di sini, pada Khamis.
Runtuhan gudang: Mangsa tiada caruman Perkeso, KSM akan ambil tindakan terhadap majikan
Kegagalan majikan mendaftar dan membayar caruman pekerja asing itu jelas melanggar Seksyen 6, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).
Syarikat Malaysia dapat tawaran RM125 juta melalui misi Matrade ke India, Bangladesh
Syarikat Malaysia telah mendapat tawaran perniagaan bernilai RM125 juta melalui misi pecutan eksport (EAM) baru-baru ini ke India dan Bangladesh.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.