BANGKOK: Ibu kota Thailand tidak akan dipindahkan seperti yang dilakukan kerajaan Indonesia bagi mengelakkan masalah banjir yang melanda Bangkok sejak berdekad lalu.
Menurut Calon Gabenor Bangkok, Suchatvee Suwansawas, Bangkok yang mempunyai kepadatan penduduk melebihi lapan juta orang akan kekal sebagai ibu negara Thailand.
Beliau yang bertanding untuk jawatan Gabenor di bawah Parti Demokrat berkata, perpindahan ibu negara bukan jalan penyelesaian kepada masalah banjir.
“Saya telah mengetahui bahawa Indonesia merancang untuk memindahkan ibu negara dari Jakarta ke wilayah Kalimantan Timur bagi mengelakkan masalah banjir setiap tahun.
"Ibu kota baharu itu akan dinamakan ‘Nusantara’.
“Saya tidak akan mengkritik tindakan Indonesia kerana saya percaya kerajaan mereka telah mengkaji isu ini secara menyeluruh.
“Bagaimanapun, berita ini membuatkan saya terfikir tentang Bangkok, yang mengalami masalah yang sama,” katanya seperti dilapor portal The Nation Thailand, hari ini.
Jelas bekas Presiden Institut Teknologi Raja Mongkut Ladkrabang itu lagi, masalah banjir di Bangkok merupakan agenda utamanya.
Suchatvee, 49, percaya bencana alam itu boleh diatasi tanpa perpindahan ibu kota.
“Jika kita tidak melakukan apa-apa sekarang, mungkin sudah terlambat untuk ibu kota kita.
"Bangkok adalah rumah saya dan saya tidak bercadang untuk memindahkan ibu kota ke tempat lain," ujarnya.
Pilihan Raya Gabenor Bangkok dijangka diadakan tahun ini, bagaimanapun tarikh sebenar masih belum diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
Nusantara yang dinamakan sebagai ibu kota baharu bagi Indonesia akan meliputi kawasan utama seluas 56,180 hektar di wilayah Kalimantan Timur.
Pada 2019, Presiden Jokowi mengumumkan ibu kota Indonesia akan dipindahkan ke kawasan Penajam Paser Utara dan Kutai Kartanegara di Kalimantan Timur, namun pelaksanaannya ditunda berikutan COVID-19.
Rancangan memindahkan pusat pemerintah dari Jakarta, sebuah bandar mega sibuk dengan 10 juta penduduk, mengalami kesesakan kronik, banjir dan pencemaran udara, telah diusulkan beberapa presiden, tetapi tidak ada yang berjaya sejauh ini.
Astro Awani
Fri Jan 21 2022

Perpindahan ibu negara bukan jalan penyelesaian kepada masalah banjir di Bangkok, kata Calon Gabenor Bangkok, Suchatvee Suwansawas. - Gambar Facebook

UKSB taja Zahid Hamidi, isteri melancong ke luar negara, sambut hari jadi, raya
Bekas Pengarah UKSB Harry Lee Vui Khun berkata penajaan itu merupakan keutamaan sumbangan bulanan daripada syarikat tersebut dari 2014 hingga 2018.

Sukan SEA Hanoi: Penguasaan Malaysia dalam lompat tinggi berakhir
Penguasaan Malaysia dalam acara lompat tinggi lelaki Sukan SEA sejak 2005, berakhir apabila Nauraj Singh Randhawa sekadar meraih pingat perak di Stadium Nasional My Dinh National Stadium di sini.

Ini yang ibu bapa perlu lakukan jika anak dijangkiti HFMD
Pakar Pediatrik, Imunologi & Alergi, AMDI, USM, Dr. Intan Juliana Abd Hamid menekankan tentang isolasi serta penjagaan kebersihan yang serius untuk mengendalikan anak yang dijangkiti penyakit Tangan, Kuku & Mulut.

Sekolah perlu lebih terbuka, jangan sembunyi kes buli
Timbalan Dekan (Siswazah), Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, UKM, Prof. Dr. Rozmi Ismail menegaskan bahawa tindakan menyembunyikan kes buli untuk menjaga reputasi sekolah hanya akan menyebabkan isu itu terus berlaku.

Apa itu HFMD & bagaimana mengendalikannya
Pakar Pediatrik, Imunologi & Alergi, AMDI, USM, Dr. Intan Juliana Abd Hamid menjelaskan penyakit Tangan, Kuku & Mulut berpunca daripada virus Enterovirus EV71 dan Coxsakievirus A16.

Sukan SEA Hanoi: Terlepas gelaran raja pecut, penyertaan Muhammad Azeem terbatal
Skuad olahraga Malaysia gagal mempertahankan gelaran Raja Pecut Asia Tenggara pada Sukan SEA ke-31 di sini, selepas penyertaan Muhammad Azeem Fahmi dibatalkan.

PKNS, UiTM meterai MoU bagi pelihara Hutan Komuniti Shah Alam
PKNS dan UiTM menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memelihara 85.3 ekar Hutan Komuniti Shah Alam (SACF) yang dimiliki PKNS.

NAFAS perlu beri nafas baru kepada sektor makanan - PM
NAFAS perlu beri nafas baru kepada sektor makanan berasaskan pertanian melalui penerapan teknologi tinggi dan pendigitalan bagi tingkatkan pengeluaran, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada import, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kerajaan setuju beri bantuan sementara tunggu padi dituai - PM
Kerajaan bersetuju untuk beri bantuan sementara menunggu padi dituai sebanyak RM200 untuk tiga bulan bagi dua musim kepada pesawah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. #AWANInews

Laksamana Madya Datuk Roslan Mohd Yunus dilantik Komander NTF baharu
Penyerahan tugas disaksikan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang di Wisma Pertahanan hari ini.

Jawatankuasa khas cadangan projek HSR Bangkok-KL ditubuhkan
Satu jawatankuasa khas bagi membincangkan secara terperinci mengenai perancangan, jajaran dan aspek teknikal cadangan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HRS) Bangkok-Kuala Lumpur akan ditubuhkan.

Piala Uber: Malaysia atasi Mesir 5-0
SSkuad wanita Malaysia menamatkan cabaran mereka dalam Pusingan Akhir Piala Uber 2022 dengan menewaskan Mesir 5-0, perlawanan terakhir Kumpulan C di Impact Arena di sini, pada Selasa.

Malaysia ucap selamat tinggal pada Piala Uber 2022
Cabaran Malaysia pada Piala Uber 2022 berakhir selepas mereka ditunjukkan jalan keluar awal oleh tuan rumah, Thailand, berikutan kekalahan 1-4 pada perlawanan kedua Kumpulan C.

Badminton Piala Uber: Malaysia tewas tipis kepada Denmark
Skuad badminton wanita negara memulakan kempen Kumpulan C, Piala Uber 2022 dengan kekalahan tipis 2-3 kepada Denmark.

Piala Uber: Jin Wei teruja, harap tuah kali kedua di Bangkok
Empat tahun lepas, bekas juara junior dunia Goh Jin Wei membuat penampilan keduanya dalam Pusingan Akhir Piala Uber di Impact Arena.

Thailand bakal buka klinik 'long-COVID' di Bangkok
Khachit Chatchavanich berkata sembilan klinik COVID-19 akan dibuka di hospital mulai Isnin (9 Mei).

Piala Thomas: 'The Nights' dari DJ Avicii lagu semangat pasukan beregu lelaki
"He said, one day you'll live the world behind, so live a life you will remember," ("Katanya, suatu hari kamu akan meninggalkan dunia ini, maka jalanilah kehidupan yang akan kamu kenangkan,")

Badminton: Usah tekan Zii Jia - Roslin
Jangan letak harapan menggunung kepada Lee Zii Jia!

Piala Thomas: New Zealand 'tersingkir' akibat COVID-19
Keputusan untuk menarik diri daripada kejohanan berpasukan lelaki berprestij dunia itu selepas beberapa pemainnya diuji positif COVID-19.

Polis buru dua lelaki baling bom buatan sendiri berhampiran kediaman PM Thailand
Pihak polis sedang memburu dua lelaki yang melemparkan dua bom buatan sendiri dekat pintu masuk kediaman Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha.