Hujan lebat yang turun sejak awal pagi Khamis menyebabkan sebahagian besar kawasan di Jakarta dinaiki air, termasuk kebanyakan jalan menuju ke pusat bandar sehingga melumpuhkan aktiviti harian.
Beberapa tempat di pusat bandar seperti sekitar mercu tanda Jakarta di Bulatan Hotel Indonesia (HI) dilapor dinaiki air sehingga satu meter menyebabkan kesesakan lalu lintas dan ribuan kenderaan terpaksa berhenti kira-kira 100 meter dari bulatan untuk menunggu air surut.
Kawasan lain yang turut ditenggelami air ialah sekitar bulatan Patung Kuda di Jalan Medan Merdeka Selatan dan sebahagian Jalan MH Thamrin serta kawasan Tugu Tani.
Warga kota yang menaiki kereta api untuk ke tempat kerja di pusat bandar terpaksa turun di beberapa stesen seperti di Manggarai dan di Stesen Palmerah pada pagi ini kerana stesen kereta api selepas itu ditenggelami air.
Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) melaporkan paras air Sungai Ciliwung di Manggarai berada pada 1.02 meter, melepasi paras 'Siaga I' iaitu 950 cm, menandakan banjir akan merebak ke kawasan yang lebih meluas di Jakarta.
Ketua BNPB Syamsul Maarif dilapor memaklumkan perkembangan terkini kepada Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono pada pukul 9.10 pagi ini, termasuk ancaman banjir di kawasan kompleks Istana Presiden dan usaha pengurusan banjir oleh pihak berkuasa.
Pihak berkuasa mungkin mengalirkan sebahagian lebihan air sungai Ciliwung itu ke Sungai Ciliwung Lama bagi mengelakkan empangan di Terusan Banjir Barat daripada pecah dan menyebabkan banjir semakin meluas.
"Tidak menjadi masalah Istana dinaiki air banjir. Yang penting masyarakat terlindungi. Lakukan usaha pengurusan banjir dengan mengerahkan seluruh potensi nasional yang ada.
"Tetap semua menyokong Kerajaan Pentadbiran Jakarta dan memberikan pendampingan. Untuk peringkat nasional semuanya di bawah pengurusan Ketua BNPB. Pantau terus perkembangan dan laporkan kepada Presiden usaha pengurusannya," kata Yudhoyono kepada BNPB.
Sementara itu pelajar Malaysia yang menuntut di beberapa universiti di sekitar ibu kota telah dinasihat meningkatkan langkah keselamatan.
Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia (PKPMI) Ahmad Nabieh Abqoari Rahmat berkata semua pelajar Malaysia di Jakarta berada dalam keadaan selamat dan pihaknya menasihatkan mereka yang tinggal di kawasan berisiko banjir supaya berpindah ke Malaysia Hall jika keadaan banjir semakin buruk.
"Universiti Trisakti telah ditutup sementara kerana dinaiki air lebih satu meter. Bagi rumah-rumah pelajar Malaysia yang berpotensi dinaiki air, mereka dinasihatkan berpindah ke Malaysia Hall di Jakarta Pusat dan sering menghubungi PKPMI serta pihak Education Malaysia (EM) Indonesia jika memerlukan bantuan," katanya.
Ahmad Nabieh berkata sehingga kini belum ada pelajar Malaysia yang berpindah atau dipindahkan, namun mereka dinasihat menyiapkan bekalan makanan untuk beberapa hari sebagai menghadapi kemungkinan berlaku banjir buruk di Jakarta.
Banjir yang berlaku di beberapa kawasan di Jakarta sejak dua hari lalu menyebabkan hampir 10,000 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan setelah kawasan penempatan mereka, terutamanya di sekitar Sungai Ciliwung dan beberapa sungai lain, dinaiki air sehingga tiga meter.
Bernama
Thu Jan 17 2013
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anggaran pendapatan naik 12 peratus kepada RM1.67 bilion
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
[TERKINI] Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, permohonan berkenaan disampaikan beliau pada pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pada Khamis.
MOTAC siasat isu tular 'kekecewaan' pelancong China
Datuk Seri Tiong King Sing sedang menyiasat isu tular berhubung dakwaan pelancong China meluahkan rasa kecewa mengenai pengalaman semasa melancong ke Malaysia.
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing Berkata, Isu-isu Tersebut Tidak Sepatutnya Dikaitkan Dengan Sektor Pelancongan Khususnya Dengan Kehadiran Pelancong Dari China Memandangkan Mereka Antara Penyumbang Terbesar Kepada Hasil Ekonomi Malaysia.
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
Banjir di Kelantan pulih, PPS terakhir ditutup petang ini
PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 yang menempatkan 41 orang ditutup sekitar 5 petang tadi.
Kebersihan Bandaraya Diraja Klang: Selangor terima teguran Sultan Sharafuddin
Kerajaan Selangor menerima dengan hati terbuka teguran Sultan Sharafuddin yang menzahirkan keprihatinan berhubung tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang.
Mangsa banjir di Pantai Timur meningkat, Perak, Johor kekal
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan berterusan di beberapa negeri sehingga esok, termasuk Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, dan Terengganu.