awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sistem tekanan rendah kutub landa Gaza, ancam keselamatan penduduk di kem pelarian
Liga Super: Badrul Afzan ikrar terus gilap bidang kejurulatihan
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Pakistan: 4.2 juta orang di Punjab terjejas, kerosakan meluas

Bernama
Bernama
27/09/2025
13:04 MYT
Banjir Pakistan: 4.2 juta orang di Punjab terjejas, kerosakan meluas
Kira-kira 2.8 juta orang kehilangan tempat tinggal, kira-kira 161,700 rumah rosak, dan infrastruktur kesihatan serta pendidikan mengalami kerosakan teruk. - AP
ISLAMABAD: Lebih 4.2 juta orang terjejas akibat banjir monsun di Wilayah Punjab, Pakistan, dengan beberapa daerah di selatan paling teruk terkesan, menurut penilaian keperluan segera yang dikeluarkan pada Jumaat oleh Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOCHA), lapor Xinhua.
Kajian yang dijalankan bersama dengan kerajaan wilayah bermula 8 hingga 18 September, melibatkan hampir 2,000 kampung di 18 daerah yang terjejas banjir.
Penilaian mendapati kira-kira 2.8 juta orang kehilangan tempat tinggal, kira-kira 161,700 rumah rosak, dan infrastruktur kesihatan serta pendidikan mengalami kerosakan teruk.
Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan Pakistan, kira-kira tiga juta orang diselamatkan atau dipindahkan antara 26 Jun dan 19 September di seluruh negara. Banjir turut merosakkan 12,559 rumah dan menyebabkan 6,509 haiwan ternakan mati.
Perdana Menteri Shehbaz Sharif sebelum ini mengumumkan peningkatan jumlah pampasan ex gratia kepada keluarga mangsa yang kehilangan nyawa akibat banjir, iaitu daripada satu juta rupee kepada dua juta rupee (kira-kira US$7,000).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#pakistan banjir
#penduduk dipindahkan
#kerosakan
#Punjab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan