awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Puluhan ribu hilang tempat tinggal di selatan Myanmar

Bernama
Bernama
29/07/2024
21:30 MYT
Banjir: Puluhan ribu hilang tempat tinggal di selatan Myanmar
Di perbandaran Bago, 18,210 orang daripada 4,793 isi rumah telah dipindahkan akibat banjir yang disebabkan oleh hujan lebat berterusan dalam beberapa hari kebelakangan ini. - Foto UNICEF Myanmar
YANGON: Banjir melanda wilayah selatan dan negeri-negeri di Myanmar, menyebabkan puluhan ribu orang kehilangan tempat tinggal dan menenggelamkan kemudahan infrastruktur, lapor Xinhua.
Paras air sungai di 13 bandar merentasi empat wilayah dan negeri Ayeyarwady, Bago, Mon dan Kayin di selatan Myanmar telah melepasi tanda amaran pada Isnin, menurut laporan agensi cuaca kebangsaan.
Di perbandaran Bago di wilayah Bago, seramai 18,210 orang daripada 4,793 isi rumah telah dipindahkan akibat banjir yang disebabkan oleh hujan lebat berterusan dalam beberapa hari kebelakangan ini, lapor akhbar harian rasmi The Mirror pada Isnin.
Di perbandaran Myawaddy di negeri Kayin, 4,985 orang daripada 370 isi rumah berlindung di 11 pusat bantuan di perbandaran itu berikutan peningkatan Sungai Thaungyin akibat hujan lebat, katanya.
Landasan kereta api dan lebuh raya di wilayah Ayeyarwady dan negeri Mon telah ditenggelami air, menimbulkan risiko kepada pengembara, manakala sekolah telah ditutup akibat banjir, menurut laporan itu.
Selain empat wilayah dan negeri di negara Asia Tenggara itu, bandar Taninthayi, di wilayah Taninthayi, mengalami banjir pada Ahad akibat kenaikan paras air Sungai Taninthayi, yang disebabkan oleh hujan lebat, menurut laporan itu.
Pihak berkuasa tempatan, anggota perkhidmatan bomba dan penyelamat di kawasan yang terjejas telah bekerjasama untuk memindahkan penduduk dan menyediakan bekalan penting seperti makanan, air minuman dan tempat perlindungan, tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#hilang tempat tinggal
#paras air sungai
#banjir Myanmar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan