Banjir Sumatera: Indonesia anggar kos pemulihan cecah AS$4 bilion

Bencana akibat siklon tropika meragut sekurang-kurangnya 950 nyawa, ribuan rumah musnah, infrastruktur rosak teruk dan lebih 150,000 penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan sementara. -Gambar fail/Bernama
JAKARTA: Kerajaan Indonesia menganggarkan lebih 51.82 trilion rupiah (sekitar AS$4 bilion) diperlukan bagi usaha pemulihan dan pembinaan semula di tiga wilayah utama di Sumatera yang dilanda banjir dan tanah runtuh terburuk dalam sejarah negara itu.
Ringkasan AI
- Kerajaan Indonesia menganggarkan lebih 51.82 trilion rupiah untuk pemulihan di tiga wilayah utama di Sumatera yang dilanda banjir dan tanah runtuh terburuk dalam sejarah negara.
- Bencana akibat siklon tropika meragut sekurang-kurangnya 950 nyawa, ribuan rumah musnah, infrastruktur rosak teruk dan lebih 150,000 penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan sementara.
- Presiden Indonesia memerintahkan agensi mempercepatkan proses bantuan dan pemulihan, dengan jaminan kerajaan pusat akan menyalurkan dana tambahan jika perlu; kesan ekonomi bencana ini dijangka mencecah 68.67 trilion rupiah.
Ribuan rumah musnah, infrastruktur rosak teruk dan lebih 150,000 penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan sementara.
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, yang mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Aceh pada 7 Disember, mengarahkan semua agensi mempercepatkan proses bantuan dan pemulihan.
Beliau memberi jaminan kerajaan pusat akan menyalurkan dana tambahan jika perlu.
Menteri Kewangan, Purbaya Yudhi Sadewa, memaklumkan BNPB masih mempunyai lebih 500 bilion rupiah (AS$30 juta) dalam dana kecemasan sedia guna, dan mekanisme Peruntukan Belanjawan Tambahan (ABT) telah disediakan untuk diaktifkan segera jika skala kemusnahan terus meningkat.
“BNPB tidak perlu ragu-ragu untuk memohon tambahan dana. Kami bersedia menyokong sepenuhnya usaha pemulihan,” katanya dalam sidang media di Jakarta.
Sementara itu, sebuah badan pemikir bebas menganggarkan kesan ekonomi akibat bencana ini boleh mencecah 68.67 trilion rupiah (AS$4.13 bilion) tahun ini, termasuk kerugian dalam sektor pertanian, pelancongan dan perniagaan kecil.
Bencana turut memberi kesan kepada negara jiran, dengan lebih 200 kematian dilaporkan di selatan Thailand dan Malaysia akibat ribut yang sama.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah anggaran yang diperlukan oleh Kerajaan Indonesia bagi usaha pemulihan dan pembinaan semula di tiga wilayah utama di Sumatera yang dilanda banjir dan tanah runtuh? A: Lebih 51.82 trilion rupiah (sekitar AS$4 bilion) diperlukan, merangkumi Aceh (25.41 trilion rupiah), Sumatera Utara (12.88 trilion rupiah), dan Sumatera Barat (13.52 trilion rupiah).
- Q: Berapakah jumlah nyawa yang telah hilang akibat bencana siklon tropika di Sumatera setakat 8 Disember? A: Sekurang-kurangnya 950 nyawa telah hilang dan 274 masih hilang.
- Q: Apakah tindakan yang diarahkan oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, bagi mempercepatkan proses bantuan dan pemulihan? A: Beliau mengarahkan semua agensi mempercepatkan proses bantuan dan pemulihan, serta memberi jaminan kerajaan pusat akan menyalurkan dana tambahan jika perlu.
- Q: Berapakah jumlah dana kecemasan sedia guna yang masih dimiliki oleh BNPB? A: BNPB masih mempunyai lebih 500 bilion rupiah (AS$30 juta) dalam dana kecemasan sedia guna.
- Q: Apakah kesan ekonomi yang dianggarkan akibat bencana ini, termasuk kerugian dalam sektor tertentu? A: Badan pemikir bebas menganggarkan kesan ekonomi akibat bencana ini boleh mencecah 68.67 trilion rupiah (AS$4.13 bilion) tahun ini, termasuk kerugian dalam sektor pertanian, pelancongan, dan perniagaan kecil.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

