awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Townsville: Dua mayat ditemui

Astro Awani
Astro Awani
06/02/2019
02:00 MYT
Banjir Townsville: Dua mayat ditemui
Pandangan udara keadaan banjir di Hyde Park, Townsville, Utara Queensland, Australia, 4 Feb, 2019. AAP Image/Dave Acree/via REUTERS
Dua mayat dilaporkan ditemui berdekatan sebuah taman di Townsville di Queensland, selepas banjir melanda bandar tersebut sejak minggu lalu, menurut polis Australia pada Selasa.
Setakat ini, pihak berkuasa tidak dapat mengesahkan sama ada dua mayat tersebut adalah dua lelaki sama yang dilaporkan hilang pada Isnin.
"Ketika air mula surut di sini dan kita berpindah dari fasa respons kepada fasa pemulihan, masyarakat di sini akan berdepan kejutan yang besar," kata Perdana Menteri Scott Morrison.
"Ketika mereka pulang ke rumah masing-masing dan membuat penilaian ke atas kerosakan dialami, selain kerugian dari segi harta benda, mereka juga perlu bersedia untuk menerima kejutan dari segi mental," katanya kepada media di Townsville.
Sejak 10 hari lalu, Townsville telah menerima taburan hujan melebihi satu meter, satu jumlah yang biasanya diterima dalam setahun.
Lebih 1,000 penduduk telah diarahkan berpindah pada Isnin dengan kira-kira 500 rumah dan tapak perniagaan terjejas akibat banjir.
Kerja-kerja pembersihan giat dijalankan dan penduduk disaran tidak meredah banjir selepas netizen berkongsi di media sosial foto buaya dan ular yang kelihatan dalam air.
Topic Berkaitan
#Australia
#banjir
#mayat
#Queensland
#Scott Morrison
#Taburan hujan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan