Skip to main content

Dunia

Bank Dunia lulus dana kecemasan AS$1.1 bilion bantu Bangladesh

Dhaka, Bangladesh
Langkah itu diambil susulan tekanan ekonomi yang semakin meruncing di negara Asia Selatan itu, berpunca daripada peningkatan konflik di Asia Barat yang mencetuskan turun naik harga serta gangguan rantaian bekalan global termasuk baja dan bahan api. -Gambar fail
Advertisement

DHAKA: Bank Dunia meluluskan pembiayaan kecemasan berjumlah AS$1.1 bilion (RM4.88 bilion) bagi membantu Bangladesh menjamin bekalan makanan serta menyokong isi rumah dan perniagaan yang terjejas akibat lonjakan harga global.

Langkah itu diambil susulan tekanan ekonomi yang semakin meruncing di negara Asia Selatan itu, berpunca daripada peningkatan konflik di Asia Barat yang mencetuskan turun naik harga serta gangguan rantaian bekalan global termasuk baja dan bahan api.

Daripada jumlah tersebut, AS$300 juta (RM1.33 bilion) diperuntukkan di bawah Projek Sokongan Kecemasan Keselamatan Makanan bagi membiayai import 600,000 tan metrik baja untuk musim penanaman padi akan datang.

Sebahagian besar baki pembiayaan, iaitu AS$713 juta (RM3.16 bilion), pula disalurkan menerusi Projek Tindak Balas Kecemasan Luar Jangka bagi menampung perbelanjaan mendesak termasuk bantuan sara hidup, bantuan tunai kepada isi rumah serta kos import tenaga untuk mengekalkan perkhidmatan kritikal seperti bekalan elektrik, air dan kesihatan.

Pengarah Bahagian Bank Dunia untuk Bangladesh dan Bhutan, Jean Pesme, berkata kenaikan harga makanan, baja dan bahan api akibat konflik di Asia Barat, ditambah dengan ruang fiskal yang semakin mengecil, telah memberi tekanan besar kepada ekonomi Bangladesh.

Beliau berkata pembiayaan baharu itu akan membantu negara berkenaan bertindak balas dengan lebih pantas terhadap kejutan ekonomi, di samping melindungi pekerjaan, mata pencarian serta perkhidmatan penting.

Dalam pada itu, Bangladesh dilaporkan sedang giat mendapatkan pembiayaan luar tambahan daripada rakan pembangunan lain, termasuk Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), bagi menampung susutan rizab pertukaran asing dan mengurangkan tekanan terhadap kedudukan fiskal negara.

 

Must Watch Video

Advertisement