Skip to main content

Dunia

Kapal kargo bertembung dengan kapal persiaran di New Orleans

Petugas kecemasan di lokasi kejadian selepas sebuah kapal tangki bertembung dengan kapal persiaran American Cruise Lines yang sedang berlabuh di Sungai Mississippi di New Orleans, Louisiana, AS. - Foto REUTERS
Petugas kecemasan di lokasi kejadian selepas sebuah kapal tangki bertembung dengan kapal persiaran American Cruise Lines yang sedang berlabuh di Sungai Mississippi di New Orleans, Louisiana, AS. - Foto REUTERS
Advertisement

NEW ORLEANS: Sebuah kapal kargo bertembung dengan sebuah kapal persiaran yang sedang berlabuh di New Orleans, Louisiana, menyebabkan operasi mencari dan menyelamat dilancarkan selepas beberapa individu dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Mississippi.

Menurut laporan awal, lebih 120 orang dipercayai berada di atas kapal persiaran ketika kejadian berlaku.

Pasukan kecemasan segera dikerahkan ke lokasi dan berjaya menyelamatkan beberapa mangsa yang ditemui di dalam air. 

Advertisement

Rakaman serta imej dari lokasi kejadian menunjukkan kapal persiaran itu senget ke satu sisi susulan pertembungan berkenaan.

Setakat ini, pihak berkuasa belum mengesahkan jumlah mangsa yang cedera, hilang atau keadaan sebenar semua penumpang dan kru yang berada di atas kapal ketika insiden berlaku.

Advertisement

Gabenor Louisiana, Jeff Landry, berkata pihaknya sedang memantau rapat perkembangan situasi berkenaan dan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan.

“Kami dimaklumkan mengenai insiden di Sungai Mississippi dan sedang berhubung rapat dengan pegawai tempatan serta agensi penguat kuasa. Saya kini dalam perjalanan ke New Orleans,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di media sosial.

Punca pertembungan masih belum diketahui dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti faktor yang membawa kepada kemalangan itu.

Sementara itu, operasi menyelamat diteruskan dengan keutamaan diberikan kepada usaha mengesan serta memastikan keselamatan semua individu yang terlibat. Pihak berkuasa juga sedang menilai tahap kerosakan yang dialami oleh kedua-dua kapal.

 

 

Must Watch Video

Advertisement