awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank Dunia lulus dana tambahan AS$200 juta untuk Ukraine

Bernama
Bernama
15/03/2022
04:30 MYT
Bank Dunia lulus dana tambahan AS$200 juta untuk Ukraine
Sekurang-kurangnya 636 orang awam terbunuh dan 1,125 cedera manakala kira-kira 2.8 juta orang melarikan diri ke negara jiran. - Foto fail/REUTERS
ANKARA: Bank Dunia pada Isnin mengumumkan meluluskan hampir AS$200 juta pembiayaan tambahan untuk perkhidmatan sosial Ukraine membantu golongan rentan.
Dengan pembiayaan terkini, bank itu telah menyediakan lebih AS$925 juta sebagai sokongan untuk negara itu, lapor Agensi Anadolu.
"Ini adalah tambahan kepada AS$723 juta yang diberi untuk Ukraine dan rakyatnya minggu lepas, dengan US$350 juta telah pun disalurkan kepada Ukraine," menurut kenyataan Bank Dunia.
Pembiayaan itu adalah sebahagian daripada pakej sokongan AS$3 bilion yang diumumkan bank itu untuk membantu Ukraine dalam beberapa bulan akan datang.
Sebagai sebahagian daripada usaha mobilisasi, Austria menyumbang 10 juta euro (AS$11 juta) kepada Dana Amanah Pelbagai Derma (MDTF) yang ditubuhkan Bank Dunia untuk memudahkan penyaluran sumber geran penderma ke Ukraine.
"Krisis yang sedang berlaku menyebabkan kos kemanusian yang tinggi dan mewujudkan jurang pembiayaan yang menjejaskan keupayaan gokongan rentan di Ukraine untuk mendapatkan keperluan asas," kata Presiden Kumpulan Bank Dunia, David Malpass.
Krisis Rusia-Ukraine, yang bermula pada 24 Februari, telah mengundang kecaman antarabangsa, membawa kepada sekatan kewangan ke atas Moscow dan mendorong firma global keluar dari Rusia.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sejak itu sekurang-kurangnya 636 orang awam terbunuh dan 1,125 cedera manakala kira-kira 2.8 juta orang melarikan diri ke negara jiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Dunia
#pembiayaan
#Ukraine
#sokongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan