awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banyak negara keluar amaran keselamatan ke UK

Bernama
Bernama
06/08/2024
08:35 MYT
Banyak negara keluar amaran keselamatan ke UK
Keganasan telah tercetus di beberapa bandar dan pekan di England dan Ireland Utara berikutan pembunuhan tiga kanak-kanak perempuan di kelas tarian di Southport minggu lepas. - Gambar/ Reuters
LONDON: Beberapa negara telah mengeluarkan amaran keselamatan kepada warganegara mereka di United Kingdom (UK) berikutan protes dan rusuhan antipendatang yang berlarutan selama beberapa hari.
Nigeria, Malaysia dan Indonesia telah mengeluarkan amaran dan memberi nasihat kepada rakyat mereka yang menetap atau melawat UK supaya menjauhi kawasan demonstrasi, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Amaran perjalanan" oleh Kementerian Luar Nigeria yang berpangkalan di Abuja menyatakan terdapat "peningkatan risiko keganasan dan kekacauan akibat rusuhan baru-baru ini di UK," dengan menyatakan "keganasan telah mencapai tahap yang berbahaya."
Menurut kementerian itu, "demonstrasi oleh kumpulan berhaluan kanan dan kumpulan lain di beberapa bahagian UK sejak beberapa minggu kebelakangan ini sudah merebak dan beberapa kes sukar dikawal."
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London menerusi mesej dalam talian berkata: "Rakyat Malaysia yang tinggal atau berkunjung ke United Kingdom dinasihatkan supaya menjauhi kawasan protes, kekal berwaspada dan mengikuti kemas kini serta panduan disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.
Ia juga "sangat menggalakkan" orang ramai untuk mendaftar dengan suruhanjaya tinggi itu untuk "menerima maklumat dan bantuan tepat pada masanya.
Kedutaan Besar Indonesia di London turut mengeluarkan amaran, menasihatkan rakyatnya di UK supaya mengelakkan kawasan yang sesak dan meningkatkan kewaspadaan mereka.
Keganasan telah tercetus di beberapa bandar dan pekan di England dan Ireland Utara berikutan pembunuhan tiga kanak-kanak perempuan di kelas tarian di Southport minggu lepas.
Banyak negara di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat, Jerman dan Denmark, mengeluarkan nasihat perjalanan kepada warganegara mereka berikutan rusuhan di England pada musim panas 2011.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rusuhan besar
#UK
#London
#amaran perjalanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan