awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa panik anak 'kunci' iPad 48 tahun

Agensi
Agensi
10/04/2019
01:30 MYT
Bapa panik anak 'kunci' iPad 48 tahun
iPad itu terkunci selama 25,536,442 minit selepas kanak-kanak berusia tiga tahun itu berulang kali memasukkan kata laluan yang salah.
INI mungkin satu alasan kukuh untuk tidak membenarkan anak-anak anda bermain dengan telefon pintar atau tablet.
Seorang bapa di New York, Amerika Syarikat, panik apabila mendapati iPad miliknya akan terkunci selama 25,536,442 minit selepas anaknya yang berusia tiga tahun berulang kali memasukkan kata laluan yang salah.
Ini bermakna iPad itu hanya akan boleh digunakan kembali pada 2067, atau 48 tahun lagi, lapor CNN.
Tidak tahu apa yang patut dilakukan, Evan Osnos memuat naik entri ke Twitter, meminta cadangan daripada orang ramai untuk kembali mendapatkan akses iPad tersebut.
Usaha itu nampaknya berhasil apabila dalam entri terbaharu yang dimuat naik pada Selasa, Osnos berterima kasih dan memaklumkan informasi daripada netizen membantu menyelesaikan masalahnya.
"Ia kini dalam mod DFU (Device Firmware Update), dalam pemulihan sekarang. Terima kasih kepada mereka yang berkongsi nasihat!" tulisnya.
Penguncian iPad adalah ciri keselamatan peranti Apple yang akan diaktifkan setiap kali pengguna menaip kata laluan yang salah. Masa penguncian akan semakin panjang setiap kali kata laluan salah dimasukkan.
Topic Berkaitan
#Apple
#iPad
#Kanak-kanak
#kata laluan
#keselamatan
#New York
#telefon pintar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan