awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa tergamak ikat sebelum rogol dua anak, ibu pula subahat beri pil perancang

Agensi
Agensi
09/05/2019
05:56 MYT
Bapa tergamak ikat sebelum rogol dua anak, ibu pula subahat beri pil perancang
Ibu mangsa turut bersubahat dengan suaminya apabila memberikan pil perancang kehamilan kepada kedua-dua anak perempuannya untuk menghalang mereka daripada mengandung. - Gambar hiasan
Seorang bapa durjana sanggup merogol dua orang anak perempuannya semata-mata untuk memuaskan nafsu dalam kejadian yang berlaku di Borneo, Indonesia.
Lebih malang lagi, ibu mangsa turut didakwa bersubahat dengan suaminya dengan memberikan pil perancang kehamilan kepada kedua-dua anaknya, lapor Daily Star.
Pihak berkuasa mendakwa bapanya mengaku melakukan perbuatan itu berulang kali kepada anak perempuannya.
Ketika kejadian, kedua-dua remaja perempuan yang kini berumur 16 dan 19 tahun itu akan diikat dan dipukul terlebih dahulu sebelum dirogol oleh bapanya sendiri.
Menurut Ketua Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak Serantau, perbuatan terkutuk itu dilakukan sejak tahun 2012 lagi sehinggalah kedua-dua remaja itu mengadu kepada jiran mereka kerana tidak tahan diperlakukan sebegitu.
Kini siasatan sedang dijalankan dan mangsa berada di bawah perlindungan pihak polis.
Jika disabit kesalahan suspek akan menerima hukuman penjara 15 tahun atas tuduhan melakukan gangguan seksual kepada kanak-kanak. - Sumber Agensi
Topic Berkaitan
#bapa rogol anak
#ibu mangsa turut bersubahat dengan suaminya
#ibu subahat beri pil perancang
#Indonesia
#Kanak-kanak
#perempuan
#remaja
#Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak serantau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan