awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hampir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Barisan Kabinet baharu New Zealand fokus pemulihan COVID-19

Bernama
Bernama
02/11/2020
05:17 MYT
Barisan Kabinet baharu New Zealand fokus pemulihan COVID-19
Nanaia Mahuta, diiringi menteri-menteri kabinet yang lain, bercakap kepada media di Wellington, New Zealand, 2 Nov, 2020. (Foto AP)
WELLINGTON:Menteri-menteri yang berpengalaman akan memegang portfolio pemulihan ekonomi utama dan portfolio tindak balas COVID-19 dalam barisan Kabinet baharu yang diumum Perdana Menteri New Zeland Jacinda Ardern pada Isnin, lapor agensi berita Xinhua.
"Tempoh tiga tahun akan datang ini sangat mencabar bagi New Zealand. Dengan prospek global yang semakin buruk, kita tidak akan kebal terhadap kesan berterusan COVID-19 di seluruh dunia," kata Ardern pada sidang media.
"Oleh itu, kerajaan baharu Parti Buruh akan mempunyai dua keutamaan: mendorong pemulihan ekonomi kita daripada COVID-19, dan meneruskan tindak balas kesihatan untuk memastikan warga New Zealand selamat daripada virus," kata Ardern.
Grant Robertson dilantik Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Infrastruktur, portfolio utama yang menjadi pusat pemulihan ekonomi itu, katanya.
Menteri Kesihatan sebelum ini Chris Hipkins menjadi menteri untuk tindak balas COVID-19. Ia tugas baharu yang akan memberikan tanggungjawab menteri untuk semua aspek daripada tindak balas yang sedang berlangsung, termasuk menjalankan kemudahan pengasingan yang dikendalikan, pertahanan sempadan dan juga tindak balas kesihatan termasuk sistem pengujian dan pengesanan kontak dan menguruskan kebangkitan semula virus, kata Perdana Menteri.
Andrew Little dilantik Menteri Kesihatan, mendorong pembaharuan sistem yang tertunda yang bertujuan meningkatkan hasil kesihatan bagi semua warga New Zealand, katanya.
Nanaia Mahuta akan menjadi Menteri Luar, wanita pertama dalam sejarah New Zealand yang dilantik memegang jawatan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#New Zealand
#kabinet
#COVID-19
#wanita
#ekonomi
#kerajaan
#kesihatan
#Nanaia Mahuta
#wanita pertama dalam sejarah
#Menteri Luar
#Andrew Little
#pembaharuan
#Grant Robertson
#Timbalan Perdana Menteri
#Jacinda Ardern
#pemulihan ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan