Barisan kabinet Perdana Menteri Jepun Ishiba letak jawatan

Ishiba (foto) dan kabinetnya meletak jawatan secara rasmi dalam mesyuarat khas pagi Selasa, menandakan berakhirnya pentadbiran lebih setahun. -Gambar fail/Reuters
TOKYO: Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba dan barisan kabinetnya meletak jawatan pada Selasa, menandakan berakhirnya pentadbiran yang mula memegang tampuk kuasa lebih setahun lalu, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba dan kabinetnya meletak jawatan secara rasmi dalam mesyuarat khas pagi Selasa, menandakan berakhirnya pentadbiran lebih setahun.
- Presiden LDP, Sanae Takaichi dijangka dipilih sebagai perdana menteri baharu dengan sokongan Parti Inovasi Jepun selepas Komeito menarik diri daripada gabungan lama.
- Takaichi akan memuktamadkan pelantikan Kabinet baharu dan dijangka mengadakan sidang media untuk menjelaskan hala tuju dasar pentadbirannya.
Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) yang memerintah, Sanae Takaichi dijangka memenangi undian dengan sokongan Parti Inovasi Jepun, yang baru-baru ini membentuk pakatan baharu dengan LDP selepas parti Komeito menarik diri daripada gabungan lama.
Selepas pemilihan perdana menteri, Takaichi akan memuktamadkan pelantikan anggota kabinetnya dan Ketua Setiausaha Kabinet dijadual mengumumkan senarai rasmi.
Takaichi juga dijangka mengadakan sidang media sebaik memegang jawatan bagi menjelaskan hala tuju dasar serta pertimbangan di sebalik pemilihan utama barisan kabinetnya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami