NEW YORK: Hanya tiga tahun selepas dibuka, restoran Burger Salt Bae di Manhattan secara rasminya telah ditutup.
Salt Bae atau nama sebenarnya, Nusret Gökçe mula menjadi sensasi internet pada 2017 selepas video dia menabur garam ke atas stik dengan bergaya, menjadi tular.
Penjual daging, tukang masak dan pempengaruh Turki itu dengan cepat menjadi terkenal dan telah membuka rangkaian restoran stik Nusr-Et di beberapa lokasi di seluruh dunia.
Bagaimanapun kini, Salt Bae bukan sahaja menghadapi isu penutupan restoran, tetapi juga pelbagai saman dan aduan termasuk mencuri idea pekerja, menjual wain lebihan dan diskriminasi seks, malah beberapa restorannya di seluruh dunia, termasuk cawangan Nusr-Et di London, sedang menjalani semakan semula.
Salt Bae Burger Manhattan dibuka pada Februari 2020, hanya beberapa minggu sebelum COVID-19 menyebabkan seluruh dunia menjalani perintah berkurung.
Namun sebelum itu, portal gaya hidup terkemuka, Gothamist sempat menggelarkannya sebagai 'restoran paling teruk di New York'.
Restoran itu terletak di kawasan kejiranan Union Square Manhattan dan terkenal dengan menu menarik termasuk "burger wanita", dengan roti bun merah jambu dan susu kocak emas bernilai AS$99, lapor The Guardian.
Cawangan di New York itu adalah cawangan Burger Salt Bae kedua yang dibuka oleh Gökçe. Pada 2019, dia membuka cawangan pertama di Dubai.
Astro Awani
Tue Jun 20 2023
Salt Bae bukan sahaja menghadapi isu penutupan restoran, tetapi juga pelbagai saman dan aduan. - Foto Instagram/Salt Bae
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Baru 3 tahun, restoran burger Salt Bae di New York ditutup
Salt Bae Burger Manhattan dibuka pada Februari 2020, hanya beberapa minggu sebelum COVID-19 menyebabkan seluruh dunia menjalani perintah berkurung.