awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas asing perlu permit PSV ASEAN untuk masuk Singapura

Bernama
Bernama
05/03/2015
00:30 MYT
Bas asing perlu permit PSV ASEAN untuk masuk Singapura
Semua bas yang didaftarkan di negara asing perlu mempunyai permit Kenderaan Perkhidmatan Awam ASEAN untuk masuk ke Singapura. - Gambar Fail
Semua bas yang didaftarkan di negara asing perlu mempunyai permit Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) ASEAN yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura untuk masuk ke republik itu, kata Menteri Pengangkutan, Lui Tuck Yew.
"Bagi bas persiaran, ada syarat tambahan iaitu membawa kumpulan penumpang yang dikenal pasti yang memulakan perjalanan dari negara anggota ASEAN (bukan Singapura), katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen pada Rabu.
Menteri itu ditanya sama ada Kementerian Pengangkutan sedar tentang maklum balas terhadap peningkatan kes kenderaan yang didaftarkan di Malaysia mengambil penumpang secara haram dan/atau membimbing penumpang dan pelancong dalam lawatan tempatan di Singapura dan ke Malaysia.
Beliau juga ditanya sama ada kementerian melaksanakan sebarang bentuk penguatkuasaan untuk menangani kes kenderaan didaftarkan di Malaysia bersaing dengan pemandu tempatan untuk membawa pelancong de tempat-tempat tarikan pelancong di Singapura atau di terminal pengangkutan.
Lui berkata bas persiaran ini dibenarkan untuk memasuki Singapura tanpa penumpang seterusnya untuk mengambil kumpulan penumpang yang sama bagi perjalanan balik ke negara asal.
Bagi bas-bas didaftarkan di negara asing yang mengadakan perkhidmatan berjadual, beliau berkata, lesen Omnibus diperlukan untuk memasuki Singapura kosong untuk mengambil penumpang di kawasan perhentian tertentu di Singapura.
Menteri itu berkata LTA telah menerima tujuh kes maklum balas dalam tempoh dua tahun mengenai kenderaan didaftarkan di Malaysia mengambil penumpang di Singapura dan telah menjalankan siasatan sewajarnya, bagaimanapun, tiada kes melanggar peraturan dikesan.
Beliau berkata, jika sabit kesalahan, pemegang permit PSV boleh didenda, dipenjara, dan/atau digantung lesen atau pembatalan permit kenderaan.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Lui Tuck Yew
#Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat
#PSV
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan