awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Filipina sedia corak masa depan pelancongan serantau menjelang Kepengerusian ASEAN 2026
Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan - Gabenor Bank Pusat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas bawa tahanan Palestin berlepas dari penjara Israel

Agensi
Agensi
20/01/2025
01:15 MYT
Bas bawa tahanan Palestin berlepas dari penjara Israel
Sebuah bas yang membawa tahanan Palestin yang dibebaskan berlepas dari penjara tentera Israel, Ofer, berhampiran Ramallah, di Tebing Barat yang diduduki Israel pada awal pagi Isnin. - Gambar Reuters
TEBING BARAT: Sebuah bas yang membawa tahanan Palestin yang dibebaskan berlepas dari penjara tentera Israel, Ofer, berhampiran Ramallah, di Tebing Barat yang diduduki Israel pada awal pagi Isnin.
Pembebasan tahanan Palestin ini adalah bagi kepulangan tiga tebusan Israel pada Ahad.
Mengikut perjanjian itu, gencatan senjata tiga peringkat dimulakan dengan fasa enam minggu pertama di mana tebusan yang ditahan oleh Hamas akan ditukar dengan tahanan yang ditahan oleh Israel.
Sebanyak 33 daripada 98 tebusan Israel yang masih tinggal, termasuk wanita, kanak-kanak dan lelaki berusia lebih 50 tahun, dijadualkan dibebaskan dalam fasa pertama ini.
Fasa pertama gencatan senjata dalam konflik 15 bulan antara Israel dan Hamas mula berkuat kuasa selepas penangguhan selama tiga jam.
Bagaimanapun, pesawat tempur terus mengebom semenanjung Gaza.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#Gaza
#Israel
#Tebing Barat
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan