DAMASCUS: Parlimen Syria pada Khamis mengumumkan kemenangan Presiden Bashar al-Assad dalam Pilihan Raya Presiden 2021, kemenangan penggal keempat beliau dalam tempoh tujuh tahun.
Speaker Parlimen Hamoudeh Sabbagh, mengatakan Assad menang 95.1 peratus undi berbanding 88.7 peratus pada pilihan raya 2014, lapor Xinhua.
Menurut beliau, kira-kira 14 juta daripada 18 juta pengundi yang memenuhi syarat dari dalam dan luar Syria mengundi, dengan kadar yang keluar mengundi 78.64 peratus.
Sebilangan besar penyokong Assad memenuhi Dataran Umayyah, di ibu kota Syria, Damsyik, untuk meraikan kemenangan Assad, mengibarkan bendera Syria dan poster Assad, dengan lagu kebangsaan berkumandang daripada pembesar suara.
Sepanduk yang menyokong Assad turut dipasang di sekitar dataran dan jalan-jalan utama di ibu kota itu.
Kemenangan Assad telah dijangka kerana pesaing pilihan rayanya adalah pemimpin pembangkang yang kurang berpengaruh dan seorang bekas menteri kabinet.
Pilihan raya diadakan pada Rabu dengan pusat undi dibuka hingga tengah malam.
Kerajaan Syria telah mendorong para pengundi untuk keluar mengundi demi "masa depan Syria."
Pada 17 Julai 2000, Assad menggantikan ayahnya Hafez al-Assad sebagai Presiden Syria.
Di bawah perlembagaan Syria yang diterima pakai pada 2012, Presiden Syria berhak untuk memegang jawatan itu dua kali, bermaksud ini akan menjadi penggal terakhir Assad dalam jawatan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 28 2021
Presiden Syria berhak untuk memegang jawatan itu dua kali, bermaksud ini akan menjadi penggal terakhir Assad dalam jawatan itu. - Gambar fail
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Ketua PBB 'sangat bimbang' dengan serangan udara Israel yang berulang di Syria
Antonio Guterres mengecam sekeras-kerasnya "pelanggaran besar-besaran terhadap kedaulatan dan keutuhan wilayah Syria baru-baru ini,".
WFP rayu dana segera untuk bantu jutaan penduduk Syria
Program Makanan Sedunia merayu dana segera bagi memperluaskan operasi bantuan kepada 2.8 juta rakyat yang terjejas dan berdepan krisis makanan di Syria.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Kerajaan baharu Syria ucap terima kasih kepada negara yang membuka semula misi diplomatik
Lapan negara yang sudah membuka misi diplomatik mereka di Syria ialah Mesir, Iraq, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Bahrain, Oman dan Itali.
Pertumbuhan industri tenaga bersih dijangka kurangkan tumpuan kuasa besar ke atas Syria - Pakar
Pertumbuhan industri kenderaan elektrik (EV) dan tenaga bersih dijangka akan mengurangkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Barat secara umum dan Syria khasnya.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.