awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masih terdapat jurang antara Pearly - Thinaah dan Sheng Shu-Tan Ning - Rosman
[TERKINI] Dr Mahathir nikmati kopi di luar hospital, tanda kesihatan semakin baik
Dakwaan jurutera pakar tempatan tidak diiktiraf tidak berasas - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS batal visa, kenakan sekatan terhadap warga Mexico atas dakwaan 'memudahkan imigrasi haram'

Bernama
Bernama
04/12/2025
04:45 MYT
AS batal visa, kenakan sekatan terhadap warga Mexico atas dakwaan 'memudahkan imigrasi haram'
Jabatan Negara AS menegaskan mana-mana pihak yang mengaut keuntungan daripada imigrasi haram bakal berdepan tindakan tegas. - Gambar fail/ Reuters
ISTANBUL: Amerika Syarikat (AS) membatalkan visa serta mengenakan sekatan visa terhadap individu di Mexico yang dikenal pasti "memudahkan imigrasi haram ke Amerika Syarikat," menurut Jabatan Negara AS pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi.
Tindakan itu dikenakan terhadap eksekutif dan pegawai kanan sebuah syarikat pengangkutan berpangkalan di Mexico yang didakwa menyediakan perkhidmatan perjalanan khusus untuk individu yang berniat memasuki AS secara haram, menurut kenyataan itu.
Siasatan mendapati individu terbabit mengatur perjalanan termasuk untuk kanak-kanak dari beberapa lokasi di Caribbean dan wilayah lain ke lokasi persinggahan di Amerika Tengah, "di mana sebahagian besar daripada mereka kemudian dikesan cuba memasuki Amerika Syarikat secara haram."
Jabatan Negara berkata pihaknya membatalkan visa dan mengambil langkah untuk mengenakan sekatan visa bagi menghalang individu terbabit daripada memasuki AS.
Jabatan itu turut menegaskan bahawa mana-mana pihak yang mengaut keuntungan daripada imigrasi haram bakal berdepan tindakan dan rangkaian penyeludupan manusia akan terus diperangi bagi melindungi keselamatan sempadan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#penyeludupan manusia
#Mexico
#imigrasi haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan