awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka ekonomi positif berjaya perkukuh kedudukan ringgit - PM Anwar
Indonesia kekalkan sekatan terhadap chatbot AI Grok
PSG sambar bakat muda keturunan Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS batalkan visa warga asing berikutan kenyataan mengenai kematian Charlie Kirk

Bernama
Bernama
15/10/2025
05:25 MYT
AS batalkan visa warga asing berikutan kenyataan mengenai kematian Charlie Kirk
Jabatan Negara sebelum ini memberi amaran pada September bahawa warga asing boleh berdepan pembatalan visa sekiranya mereka mewajarkan serangan itu dalam talian. - Gambar fail/ AP
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) membatalkan visa beberapa individu warga asing berhubung kenyataan yang dibuat berkaitan serangan maut terhadap aktivis sayap kanan Charlie Kirk, menurut Jabatan Negara pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ringkasan AI
  • Amerika Syarikat membatalkan visa beberapa individu warga asing dari Jerman, Mexico, Argentina, Afrika Selatan, Brazil dan Paraguay susulan kenyataan dalam talian yang mewajarkan atau meraikan kematian aktivis sayap kanan Charlie Kirk.
  • Jabatan Negara AS menyatakan bahawa komen dalam talian menjadi alasan pembatalan visa dan menegaskan negara itu tidak wajib menerima warga asing yang mengharapkan kematian rakyat Amerika.
  • Kirk ditembak mati dalam satu acara di universiti di Utah pada 10 September, dan kematiannya memberi kesan besar terhadap landskap politik AS; amaran mengenai pembatalan visa telah dikeluarkan sejak September.

Mereka yang terjejas termasuk warganegara Jerman, Mexico, Argentina, Afrika Selatan, Brazil dan Paraguay.
Dalam hantaran di platform X, jabatan itu menyatakan bahawa komen yang dibuat mereka secara dalam talian menjadi alasan tindakan tersebut, sambil menyatakan mereka hanyalah antara beberapa contoh warga asing yang tidak lagi dialu-alukan di AS.
"Seorang warga Jerman meraikan kematian Kirk dan cuba mewajarkan pembunuhannya dengan menulis "apabila fasis mati, demokrat tidak merungut"," kata jabatan itu sambil menambah, "Visa dibatalkan." Tiada butiran peribadi lanjut didedahkan.
"Amerika Syarikat tidak mempunyai kewajipan untuk menerima warga asing yang mengharapkan kematian rakyat Amerika," menurut jabatan itu, sambil menambah bahawa mereka akan terus mengenal pasti pemegang visa yang "meraikan pembunuhan kejam" terhadap Kirk.
Kirk ditembak mati dalam satu acara di sebuah universiti di negeri Utah pada 10 Sept. Kematian tokoh politik dan media konservatif yang berpengaruh itu memberi kesan besar terhadap landskap politik Amerika Syarikat.
Jabatan Negara sebelum ini memberi amaran pada September bahawa warga asing boleh berdepan pembatalan visa sekiranya mereka mewajarkan serangan itu dalam talian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Charlie Kirk
#Amerika Syarikat
#batal visa
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan