Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 Jun 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 Jun 2026.

  1. PRN Johor ditetapkan 11 Julai, Negeri Sembilan pada 1 Ogos - SPR

    SPR menetapkan 11 Julai sebagai hari mengundi bagi PRU DUN Johor ke-16 manakala 18 Julai bagi PRU DUN Negeri Sembilan.

  2. Kes fitnah tok batin: Lelaki direman empat hari

    Suspek ditahan di kediamannya di Ipoh kira-kira 1 tengah hari semalam, susulan 11 laporan polis yang diterima berhubung kes berkenaan.

  3. 21,858 ahli baharu, bekas pemimpin sertai Rumah Bangsa

    Jumlah tersebut direkodkan sejak pendaftaran dalam talian dibuka secara rasmi pada 20 April sehingga Rabu lepas.

  4. Pelarian Rohingya perlu patuh undang-undang tempatan, tindakan tegas jika langgar - PM Anwar

    Pelarian Rohingya di Malaysia perlu mematuhi undang-undang dan peraturan negara ini, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

  5. Indira Gandhi gagal cabar enakmen penukaran agama kanak-kanak unilateral

     Hakim mendapati permohonan semua plaintif tidak mempunyai locus standi atau gagal membuktikan mereka            mempunyai hak di sisi undang-undang.

  6. Algoritma ancaman baharu perpaduan, belia jadi rebutan pengaruh - Sultan Nazrin

    Dunia kini berdepan realiti baharu apabila naratif kebencian, polarisasi dan perpecahan disebarkan secara sistematik menerusi platform digital.

  7. Ee Wei damba keajaiban untuk pertahan gelaran dunia

    Pemain beregu campuran nombor satu negara yang mengalami kecederaan, Toh Ee Wei enggan menutup peluang untuk mempertahankan gelaran Kejuaraan Dunia di New Delhi dan menyertai Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun.

  8. Piagam Madinah bukti kepelbagaian boleh diraikan tanpa menafikan hak sesiapa - PM Anwar

    Piagam Madinah membuktikan sebuah negara aman dan stabil boleh dibina berteraskan rasa hormat terhadap kepelbagaian agama serta kaum.

  9. Polis rakam keterangan 36 individu berhubung kes Jaslinda

    Polis telah merakam keterangan 36 individu berhubung kehilangan pendaki wanita Jaslinda Saludin yang ditemukan selamat pada Sabtu lepas, setelah 14 hari dilaporkan hilang ketika melakukan pendakian di Gunung Batu Putih, dekat Tapah.

  10. M. Nasir saman MyTeksi berhubung dakwaan guna nama tanpa kebenaran 

    Ikon muzik negara Datuk M. Nasir bersama syarikat miliknya Luncai Emas Sdn Bhd memfailkan saman terhadap MyTeksi Sdn Bhd atas dakwaan menggunakan nama dan jenama beliau tanpa kebenaran bagi tujuan promosi komersial di platform syarikat berkenaan.

Must Watch Video

Advertisement