Skip to main content

Dunia

Batu bersurat ditemukan di tapak bersejarah Ani, Turkiye

On this blessed night when we experience the spiritual atmosphere of Mawlid Kandil, we have brought to light a unique work in Ani, where Sultan Alparslan’s conquest in 1064 opened the door to Turkish-Islamic history in Anatolia._X @MehmetNuriErsoy
Artifak batu diukir dengan nama Nabi Muhammad ditemui di tapak arkeologi purba Ani, timur Türkiye. - Foto X Mehmet Nuri Ersoy
Advertisement

ISTANBUL: Satu artifak batu yang diukir dengan nama Nabi Muhammad SAW telah ditemukan di tapak arkeologi purba Ani di timur Türkiye, sekali gus memberikan pemahaman baharu mengenai sejarah rantau berkenaan, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa pada Isnin.

Dalam satu hantaran di platform media sosial X, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turkiye Mehmet Nuri Ersoy berkata nama berkenaan muncul sebanyak enam kali dalam tulisan Kufi pada batu itu, yang dipercayai berasal dari sebuah menara makam Seljuk.

Memberikan perincian visual mengenai artifak itu, Ersoy menarik perhatian bahawa tiga daripada ukiran berkenaan diukir secara rumit pada jalur hiasan yang mengelilingi bintang bersudut lapan.

Batu itu ditemukan semasa kerja-kerja penggalian di tapak perkuburan Seljuk yang telah dikaji sejak 2021.

Terletak di Wilayah Kars di sempadan Turkiye-Armenia, Ani merupakan persimpangan utama di Laluan Sutera purba. Ia pernah menjadi ibu negara bagi Kerajaan Bagratid Armenia pada abad ke-10 dan ke-11 sebelum jatuh di bawah pemerintahan Byzantine, Seljuk dan Uthmaniyyah. Tapak berkenaan diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2016.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement