Skip to main content

Dunia

Bayi baru lahir ditinggalkan dalam beg plastik di tepi jalan

61478880155_babyfoot.jpg
SEORANG yang baru dilahirkan selamat selepas ditinggalkan ibunya di dalam satu beg plastik di tepi jalan.

Bayi malang itu ditemui seorang wanita berusia 22 tahun yang curiga apabila beg plastik terbabit bergerak yang ditinggalkan di tepi jalan di Mexico City.

Wanita itu kemudian terkejut apabila memeriksa beg plastik terbabit dan mendapati satu bayi yang dipercayai baru dilahirkan.

Individu yang meninggalkan bayi itu juga meletakkan beberapa pakaian di dalam beg plastik tersebut sebelum dia menghubungi polis.

Berdasarkan laporan media tempatan, bayi lelaki seberat 4.9 kilogram itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk pemantauan.

Advertisement

Must Watch Video